(6 Foto Sweet) Neelofa Dengan Fattah Amin Mabuk Bercinta Dalam Diam?

Rasanya baru sahaja bukan berita Fattah Amin putus cinta bersama Sherry Ibrahim mendapat perhatian ramai.
Terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan Fattah sudah pun bertemu pengganti. Eh, biar betul? Apa yang memeranjatkan kami ialah Fattah dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon terkenal Neelofa.

Menurut sumber portal Astro Gempak, bibit-bibit percintaan antara Fattah dan Neelofa timbul ketika kedua-duanya digandingkan didalam drama berepisode Suri Hati Mr. Pilot.

Tambah sumber Astro Gempak, sejak daripada terlibat didalam drama berkenaan, mereka sering menghabiskan masa berdua sahaja.
Malah, jika anda perhatikan Fattah dan Neelofa juga sering memuat naik foto mesra berdua di laman Instagram masing-masing yang mesra dan rapat.

Sejauh mana kebenaran khabar angin ini tidaklah kami ketahui, tetapi jika benar mereka sedang bercinta  apa salahnya? Fattah Amin dan Neelofa pun masih lagi solo kan?.  Contohnya Amar Baharin dan Amyra Rosli, sejak digandingkan bersama dalam beberapa drama, timbul rasa cinta dalam hati dan akhirnya bakal disatukan tidak lama lagi. Apa pendapat anda? Sesuai tak Fattah dan Neelofa cer bagi pandagan sikit? 
Sumber Berita : Astro Gempak




Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel