Drama Cinta FB [HyppTV] Arahan Rusdi Ramli

Poster Drama Cinta FB di Hypptv.
Sebuah drama terbaru yang bertajuk Cinta FB bakal ditayangkan di saluran HyppTV 116 bermula 3 Oktober 2016. Drama ini di bawah arahan Rusdi Ramli dan tulisan skrip oleh MF Kenchana. Tak tahu la pula Rusdi Ramli dah mula mengarah drama. ehehehe. 

Drama Cinta FB dibarisi pelakon seperti Zara Zya, Erwin Dawson, Hafizul Kamal dan Chacha Maembong sebagai teraju utama. Ianya bakal bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9.00 malam.

Promo Drama Cinta FB

[Promo Video  Cinta FB]
Sinopsis Drama Cinta FB Hypptv

Shah [Hafizul Kamal] adalah jejaka kacak, seorang novelis yang menggunakan nama pena Nina Syakina dalam novel. Dia gemar bersosial di laman sosial menggunakan nama pena Mawar Merah untuk mencari kenalan sebagai proses kreatif. Syafik [Erwin Dawson] kawan karibnya yang banyak menguruskan jadual hidupnya dan membantunya. 

Emilda [Zara Zya] seorang gadis yang agak kasar tetapi mempunyai wajah yang ayu cantik jelita. Fitri [Azhar Azhael] sudah berulang kali berusaha untuk mendapatkan cintanya tetapi hati Emilda begitu keras untuk menerimanya. Sebagai seorang usahawan produk kuruskan badan, Emilda aktif dengan syarikat kecil-kecilannya dibantu oleh sahabat baiknya bernama Syira [Chacha Maembong].
Fitri juga meminta bantuan Syira untuk mendekati Emilda tetapi masih gagal.  

Melalui laman sosial Facebook, Emilda menggunakan nama pena Mawar Putih dan berkenalan dengan Mawar Merah. Masing-masing tidak menggunakan profil picture wajah sendiri, dan hanya menggunakan gambar bunga. Mereka menggunakan nama pena bunga mawar di facebook dan menulis madah cinta di status masing-masing sebagai luahan kekecewaan cinta. 

Shah membeli sebuah rumah tanpa diketahui rumah itu bersebelahan dengan rumah Emelda. Sejak itu Shah dan Emilda bertekak dan saling bermusuh dalam keadaan berjiran. Masing-masing tidak tahu mengetahui identiti sebenarnya Emilda adalah Mawar Putih dan Shah adalah Mawar Merah. 

Profil Drama Cinta FB HyppTV

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik Komedi
Pengarah : Rusdi Ramli
Penulis : MF Kenchana
Studio : Nafalia Corporation
Pelakon : Zara Zya, Hafizul Kamal, Erwin Dawson, Chacha Maembong, Azhar Azhael, Nisha Dirr, Noralbaniah, Arja Lee, Zalfa Zin dan Reza Hasbi.
Episod : 30 Episod
Waktu Siaran : Isnin & Selasa pada jam 9.00 malam.
OST : Tanda Tanya nyanyian Aisyah Aziz

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel