Filem J Revolusi [2017]

poster filem J Revolusi
Teaser Poster Filem J Revolisi

Selepas kejayaan filem Polis Evo yang berjaya menarik penonton kembali ke filem tema kepolisan, J Revolusi juga mengangkat tema yang sama. Harap kejayaan sama dapat dilakukan filem ini. Filem J Revolusi merupakan filem sulung arahan Zulkarnain Azhar.

Filem J Revolusi bakal ditayangkan pada tahun hadapan [baca: 2017]. Pelakon utama terdiri daripada Zul Ariffin, Izara Aishah dan Nur Fazura manakala Farid Kamil memegang watak penjahat utama. Boleh tahan pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini.

Profil Filem J Revolusi

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Studio : Grand Brilliances dan Infinitus Production
Penerbit Eksekutif : Tengku lesta dan Gayatri Su-lin Pillai
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Lakon Layar : Alfie Palermo
Pengarah Fotografi : Haris Hue [Polis Evo]
Pelakon : Zul Ariffin [Tembiruo], Nur Fazura, Farid Kamil, Izara Aishah [Cinta Masam Manis], Peter Davis, Saiful Merica, Jenathan, Davro, Azad Jazmin dan Iedil Putra [Interchange].
Tarikh Tayangan : Mac 2017 [Dijangka]

Sinopsis Filem J Revolusi

J Revolusi mengisahkan tentang Jay Zulkarnain [Zul Ariffin] yang merupakan seorang pegawai UTK [Unit Tindak Khas]. Jay dan pasukan operasinya sangat terlatih dan amat digeruni pengganas negara.

Apabila kakak Jay, Dian [Nur Fazura] yang merupakan seorang ejen dalam penyamaran, diculik oleh pengganas misteri yang memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya. Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan kakaknya dan membongkar rahsia lelaki yang tekad menghancurkan hidup Jay.

Interview Pelakon J Revolusi 2017

- Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain dan Farid Kamil sebagai Andra. Juga pengarah filem Zulkarnain Azhar.


Gambar Para Pelakon Filem J Revolusi

barisan pelakon Filem J Revolusi
Barisan pelakon dan krew filem J Revolusi
zul ariffin jay zulkarnain
Zul Ariffin sebagai Jay Zulkarnain dalam Filem J Revolusi
azad jazmin izara aishah
Azad Jazmin dan Izara Aishah dalam Filem J Revolusi
nur fazura farid kamil
Nur Fazura dan Farid Kamil dalam Filem J Revolusi
iedil putra jiman
Iedil Putra dalam Filem J Revolusi
zul ariffin nur fazura farid kamil
Zul Ariffin, Nur Fazura dan Farid Kamil di Filem J Revolusi majlis pelancaran
zul ariffin zulkarnain azhar
Zul Ariffin dan Zulkarnain Azhar [Pengarah] Filem J Revolusi
para pelakon
Para pelakon Filem J Revolusi

sumber gambar : facebook J Revolusi dan Cinema Online

Teaser Trailer filem J Revolusi

 - Jadi bualan/keceman ramai scene Zul Arifin dan Izara Aishah dalam gereja.


Rasakan gegaran filem tergempak 2017! Saksikan Teaser Trailer J Revolusi yang bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula Mac 2017! Lakonan mantap Zul Ariffin, Fazura, Izara Aishah, Farid Kamil, Iedil Putra, Azad Jazmin dan ramai lagi! Sebuah filem penuh aksi arahan Zulkarnain Azhar.
Di Sebalik Tabir Filem J Revolusi 


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel