Filem Rise Of The Legend [2018]

Filem Rise of The Legend adalah mengenai Datuk Lee Chong Wei

Satu filem biopik bertajuk Rise of The Legend yang mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton dunia dan atlet yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei. Filem ini akan diarahkan oleh Teng Bee dan bakal ditayangkan pada tahun 2018.

Menurut pengarah filem, ianya mengambil masa selama tiga tahun untuk mendapatkan persetujuan Lee Chong Wei bagi memulakan proses produksi filem yang bakal bermula pertengahan tahun hadapan. 

Masih tidak banyak yang diketahui mengenai filem ini kerana masih dalam proses perkembangan skrip.  Dikatakan filem ini bakal menelan kos sehingga 6 juta ringgit dan usahasama dengan produksi CB Pictures dari Taiwan.
Profil Filem Rise of The Legend
Pengarah : Teng Bee
Penerbit : Josiah Chieng, Tony Hu
Studio : CB Pictures

Awesome! Tak sabar nak tunggu filem ni keluar. Mesti terbaik ni. Kita tunggu aje update-update terbaru mengenai filem ini nanti.

Filem Rise Of The Legend [2018]. Hopefully, this entry provides useful knowledge to you.
Filem Rise Of The Legend [2018] Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Shainginfoz