Malang Memang Tidak Berbau, Tapi Lihatlah Bagaimana Pengorbanan Seorang Ibu Semata Hantar Anak Ke Sekolah


MUAR: Seorang wanita putus kaki kanan selepas dirempuh dan digilis sebuah kereta ketika sedang menunggu anaknya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Ida Suryanti Yunus, 46, dari Kampung Parit Nawi di sini mengalami kecederaan parah apabila kaki kanannya putus selepas dirempuh kereta itu ketika sedang menunggu untuk mengambil anaknya di sekolah terbabit.

Saudara terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dikatakan bersendirian untuk mengambil anaknya. "Difahamkan, ketika tiba di sekolah terbabit, sebuah kereta dari arah bertentangan merempuh mangsa.

Perlanggaran itu menyebabkan kaki mangsa putus hingga ke pergelangan kaki kanannya. "Mangsa yang masih dalam keadaan sedar selepas kejadian kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, difahamkan keadaan Ida Suryani dilaporkan stabil dan dijangka akan menjalani proses pembedahan dalam tempoh terdekat.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel