Tempat Menarik di Johor Untuk Dilawati

masjid sultan abu bakar jb

Kali ini saya nak berikan review berkenaan dengan tempat menarik di Johor untuk dilawati. Johor, selain terkenal dengan tempat yang memberikan banyak peluang pekerjaan, juga ada beberapa tempat menarik yang merupakan satu tarikan di Johor. Banyak sebenarnya tempat menarik yang ada di Johor, antaranya adalah

Tempat menarik dan destinasi percutian di Johor Bahru

Apa yang menarik di Johor Bahru sendiri. Johor Bahru merupakan satu tempat yang popular kerana kemajuan dan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Disebalik itu juga, ada beberapa tempat menarik di Johor Bahru yang anda patut tahu.

Penginapan di Johor

Kalau anda ingin bercuti ke Johor, saya cadangkan untuk anda menginap di Johor. Ada banyak hotel menarik yang anda boleh pilih. Saya cadangkan untuk anda gunakan khidmat Trivago, antara pilihan hotel terbaik yang ada di Johor. Rancang perjalanan anda dari awal. Nyatakan tarikh dan destinasi, Trivago akan filter siap-siap hotel terbaik di lokasi dan tarikh yang anda cari. Boleh lihat senarai hotel di Johor di SINI.

Jika anda berkunjung ke Johor Bahru, saya cadangkan anda pergi ke;

Zoo Johor

Zoo Johor terletak berhampiran dengan Masjid Abu Bakar di jalan Gertak Merah. Zoo ini merupakan zoo tertua di Malaysia dan hampir 100 lebih speasis haiwan di dalam zoo ini. Jika anda berada di Johor Bahru, jom singgah zoo ini.


Danga Bay

Tempat yang popular satu ketika dahulu, kerana ramai yang datang ke sini untuk bersantai-santai. Tetapi apakan daya, masa telah berubah, Danga Bay dijadikan tempat untuk membina apartment mewah sekarang ini, setakat artikel ini ditulis, ada beberapa apartment mewah yang masih dalam pembinaan. Apapun masih ada beberapa tempat untuk berjalan dan bersantai di Danga Bay ini.

Plaza Angsana, Johor Bahru

Merupakan satu Plaza yang sentiasa hidup dan sentiasa dikunjungi. Daripada zaman saya sekolah rendah, sehinggalah berkeluarga sekarang, plaza ini saya sentiasa kunjungi dan merupakan satu daya tarikan jika anda ke Johor Bahru. Memang WOW. Plaza ini unik kerana banyak barangan di sini adalah untuk barangan berbentuk keluarga, seperti baju, dan lain-lain lagi. Jika anda berkesempatan, datang la ke Plaza Angsana ini.

City Square, Johor Bahru

Jujurnya lebih suka dengan Plaza Angsana banding dengan City Square ini. City Square lebih kepada mereka yang meminati fesyen moden dan yang tak berapa menarik di City Square ini, parking agak mahal. Warga Singapura banyak yang ada di sini dan menjadi daya tarikan kepada mereka untuk membeli belah.

Galeri Glulam

Jika anda peminat seni, dan ingin melihat seni yang menarik, Galeri Glulam ini adalah salah satu tempat yang saya cadangkan anda pergi. Terletak di Johor Bahru dan ia telah mendapat pengiktirafan The Malaysian Book of Records kerana menjadi bangunan pertama Iconic Team Building berbentuk separa payung.

Banyak lagi tempat yang menarik di Johor Bahru, jika anda ke sini, bolehlah tempah hotel yang berhampiran atau berdekatan untuk memudahkan anda pergi ke semua tempat-tempat menarik ini.

Tempat Menarik di Johor Untuk Dilawati. Hopefully, this entry provides useful knowledge to you.
Tempat Menarik di Johor Untuk Dilawati Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Shainginfoz