Kondominium Bawah Tanah Dibina Khas Untuk Sebagai Persiapan Hari Kiamat

Bila tibanya hari kiamat, dalam keadaan yang sangat huru-hara, ramai pastinya akan lari bertempiaran mencari tempat perlindungan yang selamat dan selesa untuk orang yang tersayang serta diri sendiri. Namun, ianya tidak semudah yang di sangka.

Namun, bagi orang-orang kaya mereka pastinya percaya bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menyembunyikan diri serta selamatkan diri dari terkena bencana ini.

Mereka akan membelanjakan berapa banyak sekalipun harta mereka semata-mata untuk keselamatan yang terjamin.


Lakaran arkitek bentuk sebenar kondo tersebut.



Lakaran pelan lantai untuk setiap unit


Seorang pemaju yang dikenali sebagai Larry Hall telah membina dua buah bangunan kondominum berbentuk seperti sebuah silo roket di dalam tanah. Dibina dengan kedalaman sebanyak 174 kaki serta mempunyai keluasan seluruh sebanyak 54,000 kaki persegi, ianya direka untuk memuatkan seramai 70 orang untuk meneruskan kehidupan di bawah tanah selama 5 tahun lagi.

Mengikut laporan sebuah tabloid tempatan, unit kondominum ini dijual pada harga RM4.5 juta sehingga RM9 juta dan sambutan yang diterima sangatlah menggalakkan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel