Nenek Usia 92 Tahun Gemar Makan Pasir

Pelik memang pelik! Ada jugak manusia yang gemar makan makanan pelik. Tak terfikir dek akal fikiran. Selain menjadikan bahan mekap, sofa dan lain-lain sebagai makanan ada juga yang gemar memakan pasir. Tabiat pelik yang dilakukan oleh seorang nenek berusia 92 tahun yang gemar memakan pasir sekilogram pasir setiap hari memeranjatkan para doktor. Lebih mengejutkan  lagi kesihatannya sempurna tanpa sebarang penyakit.

Mengikut sumber, Sudama Devi yang berasal dari Kajri Noorpur, India menjadi ketagih memakan pasir selepas bertaruh dengan rakan permainannya ketika berusia 10 tahun.

tabiat pelik nenek usia 92 tahun gemar makan pasir

Semenjak dari itu, ibu kepada empat anak ini wajib menjamah sekurang-kurangnya empat pinggan pasir setiap hari.

“Makan pasir adalah sesuatu yang bagus tetapi tiada seorang pun anak saya yang mewarisi rutin memakan pasir.

“Saya makan kira-kira sekilogram pasir setiap hari. Saya lakukannya tiga atau empat pinggan sehari,” katanya.

Malah, Sudama Devi mendakwa tabiatnya memakan pasir menyebabkan dia tidak pernah sakit atau merasa lapar. -sensasi.org-

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel