Murid Tahun 3 Dicabul & Dipaksa Lihat Guru Sementara Sedang Beronani Di Depan Mata Dalam Tandas Cikgu


Kes jenayah seks semakin menjadi-jadi di mana-mana sahaja tempat mengira tempat dan jantina pada zaman sekarang. Malahan, kes sebegini yang membabitkan pelajar sekolah juga turut dilaporkan yang menyebabkan menjadi kebimbangan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.

Baru-baru ini satu kes yang melibatkan seorang murid darjah 3 yang dikatakan telah lambat hadir ke perhimpunan sekolah tetapi punca sebenar mengapa dia terlambat telah mengejutkan orang ramai dan netizen apabila kes ini telah tersebar.

Memetik laporan The Star, murid terbabit didapati telah lambat hadir ke perhimpunan dan telah disoal oleh seorang guru tetapi murid berkenaan dipercayai tidak mampu memberikan penjelasan yang sebenarnya seolah beliau merahsiakan sesuatu.

Walau bagaimanapun, murid terbabit dikatakan hanya mendiamkan diri dan apabila ditanyakan soalan dia didapati tidak mahu menjawab sebarang soalan yang membabitkan mengapa dia terlewat je tempat perhimpunan.

Namun, setelah didesak dan disoal siasat oleh pihak sekolah serta dengan bantuan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekolah berkenaan yang akhirnya memberikan jawapan yang begitu mengejutkan semua.

Melalui rakaman video tersebut, murid terbabit dilihat telah memasuki ke tandas guru lelaki di sekolah berkenaan tetapi bukanlah untuk membuang air kecil atau untuk memonteng kelas tetapi sesuatu yang mengejutkan telah berlaku kepada murid berkenaan selepas dia memasuki ke tandas guru lelaki tersebut.

Hampir setiap kali murid terbabit memasuki ke tandas guru tersebut, akan muncul seorang guru lelaki yang akan mengekori murid berkenaan. Lebih memeranjatkan lagi, mereka akan keluar dari tandas berkenaan selepas satu jam kemudian.

Setelah siasatan dilakukan, akhirnya perbuatan guru lelaki terbabit telah terbongkar dan pihak sekolah telah mendapati perbuatan tidak senonoh yang dilakukan guru berkenaan terhadap muridnya itu adalah untuk memuaskan nafsu serakahnya.

Menurut laporan The Star, guru berkenaan dikatakan telah menyentuh dan turut mencabul anak muridnya sendiri yang berusia 9 tahun dan lebih menjijikkan lagi murid berkenaan dikatakan dipaksa oleh guru itu untuk melihat dirinya sedang beronani di hadapan murid berkenaan.

Menurut laporan berikutnya, pihak sekolah berkenaan dipercayai telah memecatkan guru ganti berkenaan serta kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel