(VIDEO) Aksi Lucah Pemandu Uber Dengan Seorang Wanita Disaksikan Oleh Penumpang Jadi Tular Di Seluruh Dunia


Heboh di media sosial apabila seorang penumpang Uber di Chicago, Amerika Syarikat, memuat naik satu rakaman video seorang pemandu teksi melakukan aksi tidak senonoh dengan seorang perempuan yang dipercayai pelacur ketika sedang memandu sambil disaksikan penumpangnya.

Lelaki terbabit Aner Manuel telah melaporkan perkara tersebut kepada syarikat Uber sebelum ditawarkan kredit percuma bernilaiAS$10.

Aner Manuel mendakwa antara aksi kurang sopan sepanjang dia �terperangkap� bagi perjalanan sejauh 3.2 kilometer itu, ialah wanita berkenaan meraba tubuh pemandu, menciumnya sebelum melakukan seks oral.

Manuel menyiarkan rakaman kejadian kira-kira jam 3 pagi, pada 17 Julai lalu, yang dirakamnya ke media sosial.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita yang dikatakan seorang pelacur itu dilihat mencium pemandu itu sebelum melakukan s3ks oral terhadapnya.


Selepas Uber hanya menawarkan AS$10 sebagai kredit, Manuel menyiarkan rakaman itu di media sosial bagi mendesak Uber memberi perhatian sewajarnya kepada aduannya.

Dalam emel kepada Daily Mail, jurucakap Uber berkata: �Kelakuan bekas pemandu itu tidak boleh diterima.

�Sebaik kami mendapat laporan, kami dengan segera membatalkannya sebagai pemandu Uber.�

Melalu penceritaan Manuel di laman sosial Facebook miliknya, Manuel menyatakan semasa dia sedang masuk ke dalam kereta, terdapat seorang wanita yang berada di tempat duduk penumpang depan namun beliau menyangkakan perempuan itu adalah ahli keluarga atau sahabat pemandu terbabit.

Menurut Manuel lagi, Wanita tersebut kelihatan seperti mabuk, tidak boleh duduk dengan betul dan sebaik kereta bergerak, cuba membuka pintu,� katanya.


Manuel kedengaran meminta pemandu berhenti supaya dia boleh keluar.

Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh semua pemandu Uber, selain tidak sopan, tindakan sebegini telah mencemarkan imej pemandu Uber itu sendiri. - Harian Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel