(VIDEO) Lelaki Tersilap Pilih Mangsa Dengan Berpura-Pura Dilanggar, Rupa-Rupanya Kereta Milik Polis

HEFEI, CHINA - Seorang lelaki yang dipercayai berlakon dilanggar bagi meraih simpati dan memeras ugut pemandu kereta didapati tersilap orang apabila mangsa yang disasarkannya pada kali ini adalah sebuah kenderaan polis.


Menerusi rakaman video kamera keselamatan yang terdapat di kawasan kejadian menunjukkan lelaki terbabit sedang menunggu mangsanya di satu tempat letak kereta sebelum bertindak berpura-pura dilanggar.

Sewaktu kenderaan polis melalui kawasan di mana lelaki terbabit sedang menunggu, suspek dengan tiba-tiba merebahkan dirinya di jalan raya supaya dilihat seperti dilanggar kenderaan itu.

Kemudiannya, seorang anggota polis dilihat keluar dari keretanya dan terus melaporkan tentang kejadian menerusi radio dan lelaki terbabit dilihat seperti panik apabila menyedari kenderaan tersebut adalah kereta polis.

Suspek kelihatan seperti ingin melarikan diri namun suspek diarahkan oleh polis agar berhenti, sementara beberapa orang awam kelihatan sedang memarahi lelaki terbabit di atas tindakan bodohnya itu.


Laporan dari media China menyatakan lelaki berkenaan akhirnya ditahan polis untuk diambil keterangan bagi mendapatkan siasatan lanjut malahan suspke mungkin berdepan dengan hukuman kerana dipercayai cuba menipu orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro dan Daily Mail, mengikut undang-undang di China, pemandu yang bersalah dalam sesebuah kemalangan yang berlaku harus menanggung kesemua kos rawatan dan juga perlu membayar ganti rugi terhadap orang yang dilanggarnya.

Cara menipu dengan berpura-pura dilanggar sehingga menyebabkan kecederaan dan turut memeras ugut pemandu bagi mendapatkan wang pada masa kini telah menjadi kebiasaan di negara China.


Walau bagaimanapun, disebabkan itulah yang menyebabkan ramai mangsa kemalangan jalan raya yang betul-betul cedera tidak dapat diberikan bantuan oleh orang ramai kerana risau akan turut dipersalahkan dalam hal sedemikian. - www.koleksiviral.com

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel