(VIDEO) Penghantar Surat Temui Bayi Dalam Bungkusan Khidmat Kurier Untuk Dihantar Ke Rumah Anak Yatim Oleh Ibunya

FUZHOU, CHINA - Seorang penghantar surat sangat terkejut setelah satu bungkusan yang dibawanya untuk penghantaran mengandungi seorang bayi yang dipercayai baru sahaja dilahirkan, lapor Shanghaiist.


Ketika kejadian pada Rabu lalu waktu tengah hari, penghantar surat terbabit ketika itu dalam perjalanannya untuk menghantar bungkusan berkenaan yang dikirimkan kepada sebuah penempatan rumah anak yatim.

Walau bagaimanapun, dia merasa curiga dengan bungkusan berkenaan yang didapatinya sedang bergerak-gerak diikuti dengan satu tangisan seorang bayi di dalamnya.

Kerana ingin tahu, dia membuat siasatan dan mendapati seorang bayi comel yang baru sahaja dilahirkan berada di sebalik beg plastik yang berwarna hitam yang membuatkan dia begitu terkejut dengan keadaan yang tidak disangkakan itu.

Di media sosial, rakaman video yang memaparkan tentang kejadian penemuan bayi melalui penghantaran kurier jadi tular selepas video berkenaan dimuat naik.

Ketika bayi terbabit ditemui, cuaca pada masa itu dalam keadaan panas terik dan kelihatan orang awam sedang memberikan bayi malang itu meminum air dengan menggunakan putik kapas sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital.


Sehubungan itu, pihak polis dilaporkan telah menahan seorang wanita yang dipercayai berusia 24 tahun dari daerah Sichuan yang bernama Luo dan dikatakan wanita terbabit adalah ibu kepada bayi tersebut.

Sehingga kini, berita penemuan bayi tersebut menjadi perbualan hangat netizen yang mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera terhadap si pelaku iaitu wanita terbabit, lapor Daily Mail.

Sampainya hati, seorang ibu yang melahirkan anak kecil itu dan berbuat demikian kepada bayi yang tidak berdosa itu. Apa salahnya jika pergi sendiri ke rumah anak yatim dan menyerahkannya dengan rela hati. - www.koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel