REZEKI TERPIJAK!!! INGATKAN SERPIHAN KACA BIASA, RUPA-RUPANYA BENDA YANG DIJUMPAI DI TAMAN ITU BERLIAN 2.65 KARAT

Wanita ini memang bertuah, mana tidaknya siapa sangka dia menemukan serpihan berlian berwarna coklat ketika lawatannya ke taman berlian beberapa hari lalu. Berlian coklat seberat 2.65 karat itu dikatakan ditemui selepas 10 minit dia berjalan-jalan di taman itu. Dia walau bagaimanapun hanya menyedari bahawa serpihan itu adalah berlian selepas beberapa jam.
Victoria Brodski, 25, dari Tulsa, pada awalnya hanya menyangka serpihan yang ditemui berhampiran pintu masukCrater of Diamonds State Parkitu hanyalah serpihan kaca biasa. Dia kemudian meneliti keadaan kaca tersebut dan mendapati bahawa kaca itu tidak dipotong seperti yang pernah dilihat sebelum itu. Jadi, dia mula mengesan seperti ada sesuatu yang aneh pada kaca tersebut.
Victoria Brodski, 25, dari Tulsa, menemui berlian coklat seberat 2.65 karat selepas 10 minit dia berjalan-jalan di taman itu.
Pada awalnyadia
loading...
menyangka serpihan yang ditemui berhampiran pintu masukCrater of Diamonds State Parkitu hanyalah serpihan kaca biasa(digambarkan, berlian)
Saya sedang melihat gambar-gambar berlian yang dipamerkan dan melihat persamaan mereka dengan apa yang saya dapati, kata Miss Brodski kepada THV11.
Dengan rasa yang tidak percaya, dia menunjukkan berlian tersebut kepada kakitangan yang berada di taman berlian tersebut dan mereka kemudian mengesahkan bahawa serpihan yang disangka kaca itu adalah berlian.
Berlian coklat adalah salah satu daripada tiga penemuan yang ditemui oleh pelawat di taman itu sejak 6 Mei lalu.
Ia juga merupakan penemuan kedua terbesar yang ditemui setakat ini pada tahun 2017. Berlian paling besar telah ditemui pada Mac lalu oleh seorang pelawat, Kalel Langford,14. Dengan berat 7.44 karat berlian tersebut muncul sebagai berlian terbesar yang ditemui pada tahun ini.
Berlian 8.52 karat yang dijumpai di taman yang sama pada tahun 2015 telah dipotong dan dikatakan bernilai $ 500,000 pada bulan Februari lalu.
Wanita ini mengakui bahawa penemuan yang telah dibuat oleh Kalel telah memberikannya idea untuk membuat perjalanannya sendiri bersama keluarganya ke taman itu.
Dia telah menamakan permata itu dengan nama Michelangeloseperti watak penyuNinja Teenage Mutant.
Dengan rasa yang tidak percaya, dia menunjukkan berlian tersebut kepada kakitangan yang berada di taman berlian tersebut dan mereka kemudian mengesahkan bahawa serpihan itu adalah berlian
Seorangpelawat menggali berlian di Taman Negeri Crater Of Diamonds di Murfreesboro, Arkansas
Brodski berkata dia telah merancang untuk menjual berlian itu dan mengagihkan keuntungan jualan tersebut dengan ahli keluarganya.
Berlian yang ditemui oleh Brodoski adalah salah satu berlian coklat yang sangat cantik yang pernah saya lihat di taman itu, kata Waymon Cox, seorang penterjemah di taman berlian itu kepadaInside Fort Smith.
Ia kira-kira saiz manik dengan warna coklat gelap seperti madu mentah. Ia mempunyai permukaan licin, bulat dan kelihatan bebas daripada kecacatan, di dalam dan luar.
Menurut laman webCrater of Diamonds State Parkterdapat lebih daripada 75,000 berlian telah ditemui di taman itu sejak tahun 1906.
Sumber : Era Baru

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel