Cara Tukar Nombor TAC Maybank2U Dengan Mudah

Cara Tukar Nombor TAC Maybank2U Dengan Mudah | Bagi anda yang selalu guna banking online sudah tentu tahu betapa pentingnya nombor TAC untuk pengesahan transaksi anda. Baru-baru ni admin baru saja tukarkan nombor TAC Maybank2U, dimana nombor sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan dan ditukarkan kepada nombor fon terkini. Mesti anda nak tahu bagaimana cara penukaran nombor telefon bagi perkhidmatan TAC Maybank? Ada yang kata tukarkan nombor TAC Maybank2U secara online ja... sebenarnya ada dua cara ni saja yang dibenarkan oleh pihak Maybank! Okay, admin nak kongsi cara tukarkan nombor TAC Maybank2U sebagai panduan anda. Pastikan Maybank yer!

Cara Tukar Nombor TAC Maybank2U Dengan Mudah

Cara Tukar Nombor TAC Maybank2U Dengan Mudah 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara tukarkan/ kemaskini nombor TAC Maybank2U baharu :

Cara Tukarkan Nombor TAC di Mesin ATM Maybank 


1. Pergi ke mesin ATM Maybank dan masukkan kad dan nombor pin.
2. Apabila paparan menu utama dipaparkan, klik yang 'MAYBANK2U/ PHONE BANKING/ ATM SMS ALERTS'.
3. Kemudian, anda hanya perlu masukkan nombor telefon baharu untuk kemaskini no TAC di ruangan disediakan.
4. Dah sure, anda klik saja 'YA'.
5. Siap!

Cara Tukarkan Nombor TAC di Kaunter Maybank 

Untuk cara ni admin kurang pasti sebab hanya guna mesin ATM Maybank saja. Tapi rasanya mudah ja, pergi ke kaunter pertanyaan kata nak kemaskini nombor TAC baharu dan ambil nombor giliran. Bila dipanggil turn anda pergi ke kaunter dan maklumkan nombor pengemaskinian baharu anda. Mudah ja kan!

Sebenarnya admin kongsikan ni ada laman-laman web katakan boleh guna cara penukaran nombor TAC melalui online sahaja. Tetapi hanya dibenarkan adalah dengan cara ke kaunter cawangan atau mesin ATM Maybank. Dah faham kan?

Cara Tukar Nombor TAC Maybank2U Dengan Mudah

Cara Tukar Nombor TAC Maybank2U Dengan Mudah

Ni pertanyaan admin direct ke FB messenger Maybank. Dah tahu cara sebenar, okay anda boleh follow ja cara-cara yang dikongsikan di atas. Semoga informasi ini dapat memudahkan masalah anda untuk penukaran nombor TAC Maybank. Jika ada masalah atau kekeliruan komen ja disini!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel