Maksud Tersirat Apabila Anggota Tubuh Bergerak-gerak (Berdenyut)

Pernahkah tubuh badan anda secara tiba-tiba berdenyut-denyut atau bergerak-gerak dengan sendiri tanpa anda memicit-micitnya? Pernahkah anda terfikir dan tertanya-tanya apakah maksudnya?

Maksud badan berdenyut

Di sini kami kongsikan sebahagian daripada gerak badan yang selalu memberikan isyarat awal apa yang akan berlaku kelak.

Tubuh

Seluruh badan: akan menyaksikan keindahan.
Kepala: akan mendapat anugerah raja.
Ubun-ubun: akan memperolehi pangkat.

Kening

Kening sebelah kanan: akan mendapat wang.
Kening sebelah kiri: akan gembira.
Pelipis sebelah kanan: akan mendapat wang.
Pelipis sebelah kiri: akan bertemu dengan kekasih hati.

Mata

Kelopak mata sebelah kanan atas: akan mendapat wang.
Kelopak mata sebelah kanan bawah: akan menderita kesusahan.
Kelopak mata sebelah kiri atas: akan memperoleh sesuatu yang baik.
Kelopak mata sebelah kiri bawah: akan menangis.
Kelopak air mata sebelah kanan: akan menangis.
Kelopak air mata sebelah kiri: bebas dari kesedihan yang mendalam.
Sudut mata kanan: akan melihat kekasih anda.
Sudut mata kiri: akan memderita kesusahan.
Biji mata sebelah kanan: akan menangisi orang mati.
Biji mata sebelah kiri: akan melihat orang yang datangnya dari jauh.

Pipi

Pipi sebelah kanan: akan difitnah orang.
Pipi sebelah kiri: akan menderita sakit.

Hidung

Hidung sebelah kanan: akan mendapat wang yang halal.
Hidung sebelah kiri: akan melihat kekasihnya.

Bibir

Bibir sebelah kanan atas: akan memperoleh kejayaan.
Bibir sebelah kanan bawah: akan memperoleh kebahagiaan.
Bibir sebelah kiri atas: akan berunding dengan saudaranya.
Bibir sebelah kiri bawah: akan mendapat pekerjaan baik.
Tengah-tengah bibir atas: akan bertengkar.
Tengah-tengah bibir bawah: akan menikmati makanan yang lazat.

Telinga

Telinga sebelah kanan: akan bertemu dengan sanak saudara.
Telinga sebelah kiri: akan mendapat upah yang baik.

Dagu

Dagu sebelah kanan: akan dimuliakan orang agung.
Dagu sebelah kiri: akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.

Leher

Leher sebelah kanan: akan sakit keras.
Leher sebelah kiri: akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.

Pundak (Bahu)

Pundak sebelah kanan: sanak saudara akan sakit.
Pundak sebelah kiri: akan dimuliakan wanita.
Kedua-dua belah pundak: akan menderita sakit.

Bahu

Bahu sebelah kanan: akan bertengkar.
Bahu sebelah kiri: akan menderita sakit.

Belakang Badan

Belakang sebelah kanan: akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjam wang.
Belakang, tengah-tengah: akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.
Belakang sebelah kiri: akan memperoleh kebahagiaan.

Badan Bahagian Depan

Dada sebelah kanan: akan bertemu kekasihnya.
Dada sebelah kiri: akan bertemu wanita ayu.
Tengah-tengah dada: akan memperolehi kebahagiaan.
Buah dada sebelah kanan: akan mendapat wang.
Buah dada sebelah kiri: akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.
Perut sebelah kanan: akan memperolehi banyak rezeki.
Perut sebelah kiri: akan mendapat wang yang banyak.
Pusat: akan memperolehi anugerah dari Tuhan.
Ulu hati: akan mendapat wang.

Lesung Pipi

Lesung pipi sebelah kanan: akan memperolehi jodoh.
Lesung pipi sebelah kiri: akan mendapat anak.

Tangan

Tangan kanan atau kiri: akan mendapat wang.
Tapak tangan sebelah kanan: akan mendapat wang.
Tapak tangan sebelah kiri: akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.

Lengan

Lengan sebelah kanan: akan mendapat rezeki.
Lengan sebelah kiri: akan mendapat wang.

Siku

Siku sebelah kanan: akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.
Siku sebelah kiri: akan mendapat wang.

Jari

Jari manis tangan sebelah kanan: akan mendapat wang.
Jari manis tangan sebelah kiri: akan mendapat jodoh.
Telunjuk tangan sebelah kanan: akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.
Telunjuk tangan sebelah kiri: akan diterima baik oleh orang.
Celah-celah jari tangan sebelah kanan: akan mendapat kegembiraan.
Celah-celah jari tangan sebelah kiri: akan dikasihi oleh orang agung.
Jari ibu sebelah kanan: akan mendapat jodoh yang baik.
Jari ibu sebelah kiri: akan mendapat jodoh.
Celah-celah jari telunjuk sebelah kanan: akan mengalami sesuatu yang memalukan.
Celah-celah jari tangan sebelah kanan: akan mendapat pekerjaan.
Jari tengah tangan kanan: akan menderita sakit.
Jari tengah tangan sebelah kiri: akan menderita susah.

Rusuk

Bawah rusuk (lambung) sebelah kanan: akan mendapat kesusahan.
Bawah rusuk (lambung) sebelah kiri: akan marah-marah.

Pinggang

Pinggang sebelah kanan: akan memperolehi sesuatu yang baik.
Pinggang sebelah kiri: akan mencintai orang.

Puting

Purus sebelah kanan: akan bersetubuh.
Purus sebelah kiri: akan diangkat menjadi penghulu.

Kemaluan

Kemaluan sebelah kanan: akan kedatangan tamu.
Kemaluan sebelah kiri: akan mendapat rahmat Tuhan.
Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri: akan mendapat jodoh.

Itulah antara maksud disebalik anggota badan yang berdenyut-denyut itu, walau bagaimana pun, anggaplah keterangan ini sekadar pengetahuan sahaja dan bukannya sebagai kepercayaan 100%.

Semoga memberi manfaat.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel