Misteri! Dua Terkorban Dihempap Hujan Air Batu

Info Misteri. Seramai sembilan orang terkorban dalam satu kejadian ribut hujan air batu yang melanda beberapa buah kampung di selatan India, lapor akhbar Daily Mail.

Dua orang wanita sedang membersihkan bongkah 
air batu yang bertaburan di sekitar rumah mereka

Ribut yang berlangsung selama 20 minit itu memusnahkan tanaman, rumah dan menyebabkan haiwan ternakan mati. Ia turut memberi implikasi kewangan yang buruk kepada penduduk terlibat.

Kejadian ribut hujan air batu itu berlaku secara tiba-tiba pada hari Selasa lalu di tujuh buah kampung. Ia pertama kali berlaku serta memberi pengalaman berbeza kepada para penduduk di kampung Chevella, Moinabad dan Shankarpally.

Pengarah Pusat Meteorologi Hyderabad, India, Dr. K. Sitarama berkata, ribut hujan air batu berlaku disebabkan oleh ribut petir yang kuat.

"Kejadian seumpama ini biasanya berlaku di satu-satu kawasan yang kecil sahaja," kata Sitarama.-Agensi

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel