ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU - NOTA SAJAK KECEK V
Kecek � (V)
1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.
4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
AWANG ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka
1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.
4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
AWANG ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka
SAJAK KECEK � V karya Awang Abdullah
SAJAK | MAKSUD |
1 seseorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah | seseorang yang berjawatan pengarah telah membuka akaun di sebuah bank yang terkenal secara diam-diam dia telah mengambil harta orang lain yang bersusah payah menyimpannya untuk dimasukkan ke dalam akaunnya dan perbuatan ini telah lama dilakukannya |
2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi | di sebuah kampung seorang petani yang hidup dalam keadaan miskin dan naif tetap menyara kehidupan 12 orang anak walaupun dikelilingi keperitan hidup tetapi dia tidak pernah mengambil hak orang lain untuk membolehkannya keluar dari belenggu kemiskinan dan kesengsaraan hidup yang telah begitu lama dihadapinya |
3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut terganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya | di pantai seorang nelayan hidup dalam penuh kesengsaraan untuk mencari rezeki di lautan dan membesarkan anak-anaknya yang ramai atas rezeki yang sedikit dan serba kekurangan tetapi dia tidak pernah mengambil kekayaan dan titik peluh orang lain walaupun kehidupannya semakin lama semakin susah dan terhimpit. |
4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan | Tuhan tidak pernah mungkir janji mencatatkan setiap kesalahan walaupun kesalahan yang paling kecil mereka pasti akan menerima pembalasan setimpal di muka pengadilan pada hari pembalasan kelak |
ANALISIS SAJAK KECEK - V
Aspek Komsas | Pernyataan | Huraian |
Tema | Sikap amanah | Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah. |
Persoalan | 1. Kepentingan bersikap amanah | Amanah penting dalam mencari rezeki kerana wang yang diperoleh akan digunakan untuk menyara keluarga |
2. Sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi | Golongan berjawatan tinggi sering kali melakukan pecah amanah kerana ingin hidup mewah | |
3. Tanggungjawab menyara keluarga walaupun menghadapi keperita hidup | Golongan miskin seperti nelayan dan petani tidak memikirkan kekayaan asalkan dapat menyara kehidupan keluarga dengan titik peluh sendiri dengan wang yang halal | |
4. Setiap perbuatan manusia akan dihitung dan diberi pembalasan | Perbuatan yang baik pasti mendapat balasan yang baik sementara perbuatan yang jahat pasti akan menerima pembalasan yang setimpal | |
5. Golongan miskin terus dibelengu kemiskinan dan hidup susah 5.Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah | Golongan yang miskin terpaksa mengharungi kehidupan yang susah dan perit dalam menyara diri dan keluarga seolah-olah tiada pembelaan daripada pihak tertentu Tuhan tidak pernah mungkir janji mencatatkan setiap kesalahan walaupun kesalahan yang paling kecil mereka pasti akan menerima pembalasan setimpal di muka pengadilan pada hari pembalasan kelak | |
Nilai | 1. Amanah | Apabila menjalankan tugas, lakukanlah dengan amanah dan penuh tanggungjawab |
2. Bertanggungjawab | Bertanggungjawab mencari rezeki yang halal walaupun bergantung pada nasib | |
3. Kegigihan | Gigih berusaha walaupun mengalami kesusahan | |
4. Simpati | Bersimpati terhadap nasib golongan yang kurang berada | |
5. Rasional | Berfikir semasak-masak tentang akibat yang akan diterima sebelum membuat keputusan | |
Pengajaran | 1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas | Walaupun berjawatan tinggi, sikap amanah penting semasa menjalankan tugas kerana ia akan memberi kesan kepada diri |
2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab menceri rezeki yang halal | Walaupun hidup dalam kesusahan seorang bapa perlu mencari rezeki yang halal supaya menimbulkan keberkatan dalam hidup | |
3. Jangan kita mencari kekayaan dengan cara merampas hak orang lain | Walaupun ingin hidup mewah, seseorang tidak boleh mengambil hak orang lain kerana perbuatan tersebut akan menyusahkan orang ramai | |
Gaya bahasa | 1. Diksi mudah difahami | Contoh : seorang nelayan |
2. Metafora | Contoh : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara, pusaran nasib, papan hidup, rumah keadilan | |
3. Perlambangan | Contoh : akaun, musim berlumut | |
4. Aliterasi | Contoh : dan mengunci sedozen anak-anaknya | |
5. Asonansi | Contoh : di dalam pagar sengsara | |
6. Perulangan perkataan �di� | Contoh : di sebuah, di pantai |