FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI PERTAHANAN DIRI

          
SILAT GAYONG
          [AR] Dalam menongkah arus perdana pada alaf ini, seni pertahanan diri memainkan peranan yang sangat vital dalam menjalani kehidupan seharian [AC] Antara contoh seni pertahanan diri yang menjadi sebutan ramai dan popular kini ialah Silat, Taekwando dan Wusyu.  [AR-AT]Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda saya ialah apakah faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.  [AC]  Faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri yang boleh diketengahkan adalah untuk menjaga keselamatan diri, untuk menyihatkan tubuh badan dan untuk mendisiplinkan diri.  [AA]  Oleh hal yang demikian,  faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan semua pihak. 
TAEKWANDO

        [AT]  Suatu hakikat yang tidak boleh kita abaikan ialah seni pertahanan diri dapat menjamin keselamatan diri seseorang[AH-B]  Dalam konteks ini, seseorang dapat menjaga keselamatan diri dengan menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dalam seni pertahanan diri untuk menangkis serangan apabila diserang oleh penjenayah.  [AC] Tambahan pula, kes-kes jenayah semakin meningkat saban tahun dan berleluasa seperti kes rogol, pecah rumah dan ragut.  [AH-K]  Secara tidak langsung, kemahiran seni pertahanan diri yang dimiliki seperti Silat dapat kita gunakan untuk membantu orang lain ketika mereka memerlukan pertolongan pada saat-saat kecemasan. [AP]  Jelaslah bahawa dengan mempelajari seni pertahanan diri, seseorang akan dapat mempertahan diri daripada segala ancaman penjenayah yang tidak diingini.  
WUSYU
        [AT]  Kita tidak seharusnya memandang sebelah mata akan kebaikan seni pertahanan diri terutamanya dari aspek kesihatan diri[AH-M]  Hal ini adalah kerana gerakan-gerakan dalam seni pertahanan diri umpama suatu senaman yang menyihatkan sekali gus menguatkan otot-otot badan seseorang.  [AC]  Bertitik tolak daripada itu, apabila badan seseorang itu cergas secara tidak langsung minda mereka akan cerdas, bak kata pepatah badan cergas, otak cerdas[AH-K] Impaknya, seseorang itu dapat mengelakkan  diri daripada gejala sosial yang semakin meruncing kerana masa terluang telah diisi dengan mempelajari seni pertahanan diri.  [AP]  Deduksinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa mempelajari seni pertahanan diri dapat menyihatkan tubuh badan seseorang.
KUNG FU
                     [AT]  Umum juga mengetahui bahawa seni pertahanan diri dapat mendisiplinkan diri seseorang di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.  [AH-M]  Dengan perkataan lain, seseorang yang mempelajari seni pertahanan diri akan dipastikan sentiasa mematuhi masa dan syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya semasa latihan.  [AC]  Masa yang diibaratkan emas akan menjadi keutamaan kepada mereka yang mementingkan masa.  [AH-K] Impaknya, nilai-nilai murni dalam diri akan dapat disebatikan dalam kehidupan setiap ahlinya terutamanya dari aspek menepati masa, bekerjasama dan bertoleransi.  [AP]  Izharlah bahawa seni pertahanan diri dapat mendisiplin diri sekali gus memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seseorang.          

          [R]  Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam seni pertahanan diri banyak mendatangkan manfaat kepada kita.  [C]  Lantaran itusemua pihak perlulah bekerjasama mengembangkan seni pertahanan diri umpama ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni agar dapat diketengahkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.  [C]  Selain itu,  ibu bapa perlu memberikan galakan kepada anak-anak jika mereka ingin mempelajari seni pertahanan diri.  [p]  Di samping itu,  mempertahan diri, seni pertahanan diri mampu membentuk akhlak serta disiplin, meningkatkan keyakinan diri dan menyemai ikatan persaudaraan dalam kalangan ahlinya.  [H]  Malahan,  seni pertahanan diri ini juga mampu membentuk keperibadian mulia dan melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan kecintaan yang tinggi terhadap nusa tercinta.

 

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel