Suara Ghaib Itu Berbisik..
Suatu petang pada tahun 1997, seorang wanita Britain yang mesra dipanggil Ab, sedang berehat di balkoni rumahnya sambil membaca majalah.
Ketika sedang khusyuk membaca, tiba-tiba Ab terdengar satu bisikan suara, seolah-olah sedang berbicara kepadanya.
"Jangan takut. Kami tidak berniat jahat. Memang kamu akan terkejut, tapi hanya ini satu-satunya cara untuk kami berkomunikasi dengan kamu", bisik suara itu.
Puas Ab melihat ke sekelilingnya. Tapi tiada sesiapa. Sakitkah aku? Ab bertanya sendiri. Tak mungkin! Setahu Ab, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, apatah lagi gangguan mental.
Bisikan suara itu memberitahu mereka adalah golongan yang pernah berkhidmat di sebuah hospital kanak-kanak yang terletak di Great Ormond Street, London.
Suara itu memberitahu beberapa butiran terperinci tentang hospital itu bagi membuktikan dakwaannya. Kemudian, suara itu hilang begitu sahaja.
Masih terkejut dengan sapaan suara bisikan misteri itu, Ab mula tertekan. Sangkanya, dia menghidap penyakit mental, ilusi. Dia lantas pergi berjumpa Dr. Azuonye, seorang doktor psikiatri yang berkhidmat di hospital di London.
Ab menceritakan tekanan yang dihadapinya kerana bisikan misteri itu. Setelah meneliti keadaannya, Azuonye mengatakan mungkin Ab menghidap 'hallucinatory psychosis' - satu keadaan di mana minda seseorang dalam keadaan tidak stabil sehingga mengalami gangguan mental.
Itulah keadaan yang sedang dilalui Ab, kata Azuonye yang kemudiannya membekalkan pesakitnya itu dengan beberapa jenis ubat.
Ya, gangguan bisikan itu tidak lagi muncul. Ab menyangkakan yang dia sudah sihat. Namun, beberapa bulan selepas itu, sewaktu Ab dan keluarganya sedang bercuti di luar negara, suara misteri itu muncul lagi!
Kali ini suara itu meminta Ab untuk pulang ke England secepat mungkin.
"Kamu perlukan rawatan segera!", bisik suara itu tegas.
Ab yang paranoid bila mendengar bisikan misteri itu bergegas pulang ke England. Sampai di rumah, sekali lagi suara misteri itu berbisik, memberikan satu alamat kepada Ab. Suara itu mengarahkan Ab pergi ke alamat tersebut.
Masih tidak mengetahui apa maksud di sebalik arahan itu, Ab hanya menurut. Dia pergi mencari alamat yang diberi suara itu.
Ab terkejut apabila mendapati ia adalah tempat untuk melakukan ujian imbasan otak (CAT Scan) di salah sebuah hospital di kota London.
Tambah mengejutkan apabila suara itu berbisik lagi. Kali ini dengan nada cemas mendesak Ab untuk menjalani imbasan otak. Ada, tumor yang sedang membesar di dalam otaknya!
Ab mula ragu-ragu. Sukar untuk dia hendak percaya dengan arahan bisikan misteri itu. Selama ini, Ab merasakan dirinya sihat saja. Lantas dia meninggalkan hospital itu dan enggan menurut arahan bisikan tersebut.
Ab kembali menemui pakar psikiatri dan menceritakan tentang arahan suara misteri itu. Dr.Azuonye menyarankan Ab untuk mengikut saranan bisikan itu bagi melihat kebenarannya.
Ab kembali semula ke hospital untuk membuat imbasan otak dengan keyakinan dia tidak menghidap sebarang penyakit.
Apabila keputusan ujian keluar, hasilnya amat memeranjatkan. Ab disahkan menghidap tumor otak yang dipanggil 'meningioma'!
Pembedahan segera dijalankan sebelum ia menyerang sel-sel penting dalam otak. Ketumbuhan yang saiznya lebih kurang sebiji telur ayam berjaya dikeluarkan dari kepala Ab.
Setelah sedar dari pembedahan, sekali lagi Ab didatangi bisikan misteri itu.
"Kami gembira dapat membantu kamu, selamat tinggal'. Itulah kata-kata terakhir suara itu kepadanya.
Sehingga kini, bisikan itu tidak pernah kembali lagi. Ab sangat berterima kasih dengan bisikan itu.
Dan mungkin kini, suara itu sedang berbisik pada orang lain pula. Siapa tahu..
BACA INI JUGA: Misteri Lukisan Berhantu 'The Hands Resist Him'
-Sentiasapanas.com
Gambar hiasan.