UNSUR TANGGUNGJAWAB - NOVEL MELUNAS RINDU DAN KABUS DI PERBUKITAN

Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan unsur bertanggungjawab telah dipaparkan oleh pengarang kedua-dua novel ini.  Peristiwa-peristiwa ini boleh digunakan sebagai contoh untuk menghuraikan isi jawapan pelbagai aspek komsas novel:

Persoalan   -    Persoalan bertanggungjawab
Nilai Kemanusiaan    -    Nilai bertanggungjawab
Latar Masyarakat    -    Masyarakat yang bertanggungjawab
Pengajaran/Amanat   -   Pengajaran tentang tanggungjawab
Watak dan Perwatakan  -   sifat bertanggungjawab watak utama



Melunas Rindu
 tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia dengan baik walaupun dia hanya seorang guru sandaran.
 Tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.
Farhana segera mengambil cuti dan pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit.
      - Tanggungjawab sebagai anak 
               Fuad menghantar ibunya Mariana dan kedua-dua orang                    ibu bapa angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah                         mengerjakan umrah di Mekah.
      - Tanggungjawab sebagai bapa
    Pak Ismail seorang bapa angkat yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.



Kabus di Perbukitan

       1.Tanggungjawab memelihara alam sekitar

          Soleh Johnson mengusahakan sebuah kawasan peranginan berkonsepkan alam semula jadi di Lojing, tanpa menebang pokok-pokok balak jenis merbau dan tualang serta pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highland

       2. Tanggungjawab terhadap keluarga

           Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara dari Bukit Kutu ke Sungai Dua untuk mencari anaknya Faridah yang hilang di dalam hutan berdekatan Bukit Fraser/ketika dalam perjalanan menuju ke Raub walaupun sudah lebih 20 tahun  dia tidak pernah pernah bersua dengan Faridah setelah berpisah dengan Salmah  (ibu Faridah ).


       3.Tanggungjawab ibu bapa memberi didikan agama
           Soleh Johnsons dan Faridah seorang Muslim yang kuat pegangan agama. Anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapatpendidikan Islam yang baik.

       4. Tanggungjawab mengekalkan jati diri ban gsa asal/keturunan asal
            Faridah menerapkan budaya atau cara hidup orang Melayu terhadap anaknya Anne  dan Mellina. Farah sering memasak makanan orang Melayu seperti kari dan pecal. Anne meminta ibunya, Faridah memasak kari kerana sudah lama tidak menikmati makanan tersebut



           (1. Melina teringat masakan pecal ibunya ketika dia tinggal di Terengganu  mengikut suaminya Benny bekerja di di situ.
            2. Faridah sering bercerita tentang kampong halamannya di Sungai Besar/Malaysia . KetikaMelina tinggal di Terengganu dia bertanya jirannya tentang lokasi Sungai Besar .
            3. Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya iaitu Idah, walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand
            4. Faridah sentiasa mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet )





CONTOH SOALAN DAN MODEL JAWAPAN


Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan persoalan tanggungjawab 
bagi setiap novel. ( 8 markah )
       Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Meluas Rindu manakala novel tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan.  Terdapat beberapa persoalan bertanggungjawab dalam kedua-dua buah novel ini.  Antaranya ialah persoalan tanggungjawab terhadap keluarga sendiri.  Contohnya dalam novel Melunas Rindu, Farhana segera mengambil cuti dan pulang ke Kuantan kerana bertanggungjawab untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit.  Manakala dalam novel Kabus di Perbukitan pula, Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara dari Bukit Kutu ke Sungai Dua kerana bertanggungjawab untuk  mencari anaknya Faridah yang hilang di dalam hutan berdekatan Bukit Fraser/ketika dalam perjalanan menuju ke Raub walaupun sudah lebih 20 tahun  dia tidak pernah pernah bersua dengan Faridah setelah berpisah dengan Salmah  (ibu Faridah ).

      Selain itu, dalam novel Melunas Rindu , terdapat juga persoalan tanggungjawab sebagai pendidik.  Contohnya, Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia dengan baik walaupun dia hanya seorang guru sandaran.  Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula terdapat juga persoalan tanggungjawab memelihara alam sekitar.  Contohnya, Soleh Johnson mengusahakan sebuah kawasan peranginan berkonsepkan alam semula jadi di Lojing, tanpa menebang pokok-pokok balak jenis merbau dan tualang serta pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highland





Cikgu Chom







Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel