Bergaduh dalam Keadaan Dirasuk di Asrama (1987)
Tempat : Asrama
Tahun : 1987
Kisah dia macam ni... masa aku kat asrama dulu ada seorang senior nama dia Syam , setahun lebih tua dari aku. dia ni org yg lemah lembut , pelajar top 10 sekolah. Jenis tak banyak cakap , tak kacau orang , kuat solat... pendek kata semua baik la. Aku ngan dia pun takde masalah . Tapi dia ni dengornya pernah belajar ilmu tak tamat... kenkadang memberi masalah kat pelajar lain.
Pernah satu masa , Batch aku ngan batch Syam ni bergaduh.... bukan sikit yg terlibat. Hampir 200 org pelajar lelaki terlibat. Cikgu pon tak dapat nak kawal... Cuma ada seorang ustaz je yg boleh kontrol masa tu . Pergaduhan berlaku selama 3 hari , bukan sentiasa je... tapi sekejap2 bergaduh. dengar ada gaduh je , ramai nak gi join... tak kira waktu , pagi ,petang ,malam semua standby je....
Berbalik kisah Syam ni , masa rusuhan ni , dia rilek je... tapi sebenarnya dia stress dan membuat jin dalam tubuh dia bangun utk turut serta . Kisah pertama berlaku kat asrama , waktu petang dalam lepas asar . Masa tu kitaorg disarankan beriadah waktu petang... so tak ramai la kat asrama. So , ada la member aku yg cerita pasal pergaduhan tu. Lagipun member aku ni antara menjadi punca pergaduhan tersebut.... rupanya si Syam ni terdengar perbualan kitaorg. Sedang kitaorg berbual , tiba2 kitaorg terdengar besi berlaga/bergesel . Aku pun menjenguk keluar bilik , rupanya si Syam ni tengah menggeselkan dua bilang parang dalam keadaan dirasuk. Kitaorg apalagi , cabut lari..... aku menyorok di belakang almari melihat apa tindakan Syam. rupanya... dia meletakkan sebilah parang di atas katil member aku ni. Ini sebenarnya cabaran Syam kepada member aku supaya bertarung dengannya. Selepas tu Syam pergi dari situ. Aku terus mengambil parang dari atas katil dan meletakkan di bilik Syam. Tapi Syam meletakkan kembali di atas katil member aku.... dan aku sekali memulangkan parang tersebut ke biliknya. Syam masih mahu meletakkan parang itu kembali.... tapi aku secara ambush mengunci pergerakan Syam dari belakang dan merampas kedua2 bilah parang. Aku mengarahkan parang disorokkan kepada member aku...dan Syam aku peluk kuat dan baca apa2 yg aku tahu utk menenangkannya.... setelah beberapa lama Syam pulih.
Kes kedua , pada masa rusuhan jugak. Kali ini berlaku di kelas. Kitaorg kena ulangkaji wajib di kelas setiap malam dari 8:00 - 10 mlm. Sedang kitaorg Prep , tiba-tiba ada org menjerit ... Ada gaduh... aku pun berlari utk kepastian. Semasa melalui kelas Syam , aku tengok dia tengah mengamuk di kelasnya. Budak2 perempuan aku tengok sedang ketakutan di satu sudut kelas. Beberapa org senior lelaki aku tengok sedang cuba menangkap Syam. Habis berterabur kerusi meja... aku tak jadi ke tempat pergaduhan sebaliknya ke kelas Syam. Aku terus menrpa ke arah Syam dan terus melakukan kuncian menyebabkan dia tidak dapat meronta. Semua org terkejut melihat aku , sebab aku ni jonior mereka dan tengah dalam pergaduhan. Sambil dibantu oleh senior lelaki aku membaca surah2 yg aku tahu dah hembus di ubun2 Syam . Setelah beberapa minit Syam pulih .... aku tengok dia keletihan .aku terus keluar tanpa berkata apa2..
Kes ketiga , berlaku malam. Masih lagi dalam pergaduhan . Punca dia mengamuk aku tak tahu.... kali ni aku tak terlibat menangkap Syam. Semasa Syam mengamuk , dia telah lari masuk ke hutan simpan sekolah . Ramai pelajar mengejar Syam tapi setakat di luar hutan sahaja kerana keadaan gelap. Mereka menunggu di luar dan memaklumkan kepada warden tentang apa yg terjadi.
Seorang cikgu yg agak pandai dalam hal sebegini di panggil. Setelah menunggu beberapa lama.... Syam keluar dari hutan tersebut ...
Dia tidak bersorangan , tetapi bertemankan dua ekor jin berwarna hijau....di kiri dan kanan. Berlaku la adegan kejar mengejar sekali lagi... akhirnya Syam dikepong di dewan makan. Berlakulah pertarungan antara syam dan cikgu tersebut .dari atas meja , atas kerusi kat lantai.... sengit . Syam akhirnya tewas dan di pulihkan....
Setelah 3 hari pergaduhan berlanjutan , warden hampir2 melaporkan kepada polis tetapi ustaz menghalang kerana melibatkan imej Sekolah Berasrama yg berprestij . Kami akhirnya dikumpulkan di dewan . Diceramah dan di brainwash oleh Ustaz.... akhirnya Kami bermaaf-mafaan sambil berjujuran air mata keinsafan.
Sebenarnya , batch kami dan Senior setahun ni amat akrab.... tapi kerana ketaksuban batch kami menjadi musuh.