Latihan Drama Bertukar Menjadi Pengalaman Seram di Blok 3A, Putra [PART 4]




 Sambungan dari PART 3 [KLIK DI SINI untuk BACA]

Selepas kejadian yang menimpa kitorg. Tiba2 kes kat sekolah makin menjadi2. Ramai yang mula melihat perempuan mengandung dekat kawasan persekolahan kitorg tu. Sampai ramai yang terkena histeria. Dan yang pasti kitorg jadi suspek dan penjenayah. Sedih betul hidup aku time tu. Kena jumpa dengan cikgu disiplin dan pengetua. Dah la kena soal siasat macam polis.

Lepas tu bacaan yasin mula dibuat dan gangguan di sekolah tu hanya sementara saja. Akhirnya pertandingan drama telah bermula. Kitorg tak menang pun. Hehehe. Lepas tu kitorg lepak la dan cerita tentang semua kejadian yang berlaku. Semua tertanya kenapa benda ni boleh jadi dan kitorg telah di persalahkan untuk kejadian ni walaupun tak bersalah.

Waktu kitorg bercerita ni suasana dah jadi lain dan waktu makin senja. Akhirnya semua balik dan aku terpaksa teman Fatin dan Nabila untuk balik rumah. Walaupun dorg menolak tapi aku kena la teman kan. Then dorg bukak cerita yang patut aku tahu dari dulu lagi. Macam siot je.

Waktu kejadian first berlaku, lepas aku hantar Fatin balik. Dia tiba2 terasa nak tengok dekat beranda tingkap. Entah macam mana kebetulan aku betul2 ada kat bawah. Tiba2 dia kata belakang aku ada budak kecik follow aku dari belakang dan senyum2 manja gitu. Dia kata budak tu serupa macam budak kecik yang dalam lif time tu.

Disebabkan aku terlupa nak cerita pasal kejadian lif tu. Aku selit kat sini je la. Waktu kes pertama tu. Aku tanya la dorg kalau ada sapa2 boleh tolong dan boleh percaya kat kita time macam tu kan. Tiba2 Elly bagi tahu la yang dia ada pak cik yang pandai ilmu2 ni. Aku pun okay je la. Tapi sapa yang berani nak bawak Azaura naik atas dengan dia macam tu.

Last2 aku dan Elly (mcm date la plak) terpaksa la bawak Azaura sebab yang lain lemah semangat dan masih takut dengan apa yang jadi dengan kitorg time tu. Waktu kitorg nak bawak Azaura tu. Mau kena pujuk macam2 dan terus bawak dia naik lif walaupun agak cuak. Then apa lagi kitorg terus jumpa pak cik Elly tapi sayang. Dia langsung tak percaya kat kitorg then dia buat andaian yang Azaura cuma penat dan takut.

Aku dah jangka benda ni tapi apa salahnya mencuba. Then dengan berat hati kitorg terpaksa turun dengan berita yang mengecewakan semua orang. Ye la, semua dah penat dan takut tapi takde sapa dapat tolong kitorg.

Lepas kitorg dah turun dan nak jumpa Fatin dan yang lain. Dia boleh terkejut nampak kitorg. Boleh dia tanya macam ni, �Eh, bila korg turun? Aku tak nampak pun.�. Aku dengan Elly dah pelik. Azaura makin senyum sampai telinga.

Aku pun jawab la, �La, kau mana nampak dok pandang bawah je. Kitorg turun pun kau tak sedar.� Jawapan aku tu disokong oleh Elly sendiri. Fatin macam tak puas hati lagi dan benda yang dia cakap buat aku sangat takut, �Aku dari tadi tengok lif tu, aku nampak ada budak dengan Azaura je dalam lif tu. Aku tak nampak pun kau dengan Elly. Budak tu terus lari ke belakang dan time tu baru aku sedar yang kau tegur aku.� Aku terdiam time tu dan terus mencari budak tu walaupun rasa dia dah takde.

Sampai sini je la cerita aku. Nanti ada masa dan dah ingat aku cerita lagi. Hehehe.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel