Lembaga Misteri di Sebuah Kondominium di Kelana Jaya



Tempat: Kondominium di kelana jaya
Masa: 12:00 am � 3:00 am
Mangsa: Aku
Suspek: Tak tahu ape, sekadar menumpang je kot.

Seperti yang aku cerita kat kisah-kisah aku yang lepas, aku ni memang jenis selalu terserempak dengan makhluk-makhluk halus ni..

Malam tu aku tidur kat uma sewa member aku si A, maklumlah masa ni aku belajar lagi takde transport jadi kalau nak hiburan aku akan datang uma A ni sebab ade kolam renang, gym n segalanya.

Kondo tempat member aku sewa ni ade 3 bilik. Masterbed ada kakak dengan anak-anak dia 2 orang kecik lagi. Bilik tengah lak adik si A duduk dengan member dia. Tapi adik A ni kerja kat Sarawak, jarang balik. Bilik yang Si A duduk ni bilik kecik yang boleh muat-muat 1 katil bujang dan almari je, itupun dan sempit sangat dah. Tapi dia letak katil double decker supaya senang kalau kawan-kawan datang ada tempat nak tido.

Minggu yang aku datang tu memang minggu adik dia balik dari Sarawak. Tapi flight adik dia pagi sabtu, aku datang petang jumaat. Member adik si A ni pulak kebetulan balik kampong. Jadi malam tu tinggal aku, si A dan jugak kakak master bedroom tu je.

Malam tu lepas lepak kat kolam renang, kitorang pun naik la tuk tido. Memang kalau datang sana, kitorang akan lepak kat kolam tu sampai kul 12 malam, tengok gelagat orang.

Aku tido katil yang atas. Tengah syok-syok tido tetiba aku tersedar sebab dengar ade orang dalam bilik air tengah mandi. Bilik air tu terletak tengah-tengah antara bilik si A ni dengan bilik adik dia. Secara teorinya, bilik adik A ni kan kosong jadi yang guna bilik air tu cuma aku dan si A je la. Akak master bedroom tu ade bilik air sendiri dan bilik dia agak jauh la jugak dengan bilik kami.

Air shower dalam bilik air plak tak henti-henti mencurah, bunyinya macam air tu mencurah atas badan orang bukan atas lantai. Siap dengan bunyi paip dibuka, tandas diguna. Puas la aku pikir sapa lah yang guna bilik air tu. Penat dah pikir aku pun buat andaian sendiri mungkin adik si A ni dah balik kot tapi rasa tak puas ati tetap tebal dalam diri ni. Masa tu tak rasa takut lagi.

Aku pun turun bawah kejut si A ni tanya dia flight adik dia sampai pukul berapa. Si A ni kalau dah tido memang susah nak kejut. Dia pun dengan marahnya bagitau la aku yang adik dia esok pagi baru sampai LCCT.

Erk aku dah cuak gila dah. Aku pun tanya la si A ni �abis tu sapa yang tengah mandi tu?�
Dia dengan mamainya jawap �Mira kot�.

Mira tu member adik A yang balik kampong tu. Aku pun iya kan je la. Mungkin dia tak jadi balik kampong agaknya.

Tapi aku dah start rasa takut tuk tido kat atas so aku tolak member aku dan menyelit tido dengan dia. Cuak oooo�Lama jugak la �orang� tu mandi. Aku lak dah tak boleh tido.

Tak lama pastu aku dengar pintu bilik air dibuka. �Ooo dah siap mandi la tu kot� aku cakap dalam hati. Kemudian aku dengar pintu bilik aku pulak dibuka. Tepi pintu bilik ni ada almati besar dan ruang yang tinggal antara almari dengan katil double decker tu muat-muat untuk orang yang badan normal je jalan. So aku tak nampak la siapa yang buka pintu tu.

Dalam hati dah berdebar-debar. Cuak + takut semua ada. Aku dah start rasa seram sejuk dah. Dalam samar-samar cahaya dari luar aku nampak kelibat lembaga berjalan menuju kearah katil. Alamak, aku dah start keraskan badan. Memang kalau toreh muka aku ni tak keluar darah la gamaknya.

Lembaga tu berdiri betul-betul sebelah aku. Kalau dia datang cekik aku memang takde tempat la aku nak lari. Pastu lembaga tu buka pintu almari macam nak ambil sesuatu kemudian berpusing ke arah katil. Lembaga ni kepala dia tinggi dari katil double decker tu. Aku tak nampak apa yang dia buat kat katil tu. Kemudian selesai hajat dia dalam bilik tu, aku nampak dia pusing dan berjalan balik ke arah pintu bilik.

Aku dengar pintu bilik aku dibuka. Kemudian terus senyap. Takde pun bunyi pintu bilik ditutup balik atau pun pintu bilik adik si A ni dibuka.

Dengan keadaan mengigil ketakutan aku pun kejutkan balik si A ni. Aku kata la aku nampak adik dia masuk bilik walaupun lembaga tadi tinggi dan adik dia pendek je. Si A ni dok marah aku kata aku merepek la apa la�huhuhu Dia terus sambung tido balik. Hampeh sungguh.

Aku lak terus diselubungi ketakutan sampai pagi. Takut lembaga tadi datang balik.

Esoknya bila pagi aku cerita la balik pada si A ni. Dia marah aku sebab tak kejutkan dia sampai bangun. Erk? Bukan dia ke yang dok marah aku bila kena kejut tu?

Dan adik si A ni mahupun roommate dia memang tak balik malam tadi. Jadi siapa pulak yang mandi tengah-tengah malam tu dan masuk bilik ambil barang?

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel