Pengalaman Seram ketika Blackout Waktu Majlis Akad Nikah



Pengalaman semua family aku. Dlm taon 90an, umor aku dlm 12 taon gitu.

masa kenduri kawin paksu (kenduri kesyukuran dgn majlis nikah je,takde sanding2) majlis tu berlangsung sebelah mlm,jd sbelah siang kitaorang dok rewang ramai2 semua family. Majlis ni buat dkat umah paksu aku. Paksu aku ni duda kawin dgn janda.

Dlm tengahari tu hujan turun dgn lebat skali,siap guruh bedentam-dentum. Sebelum hujan tu aku dengan 2,3 org sepupu ikut paksu pergi kedai. Kira nak pow jajan ar dgn paksu kiteorg. Ngam2 smpai kedai terus ujan turun lebat gila. So kiteorg berteduh je dkat kedai tu. Tibe2 petir yg maha kuat bedentum smpaikan kiteorg bleh nmpak mcm arus elektrik dekat tiang tnb. Terus blackout tmn perumahan tu. Tepaksa tunggu ayah aku dtg amik kiteorg dkat kedai tu.

Aktiviti merewang pon mcm tganggu gak lah pasal blackout. Petang mcm tu baru ujan berhenti tp masih begelap,smbung balik rewang. Mak aku bahagian masak kuah dalca haritu,masak luar rumah. Tengah2 kacau kuah dlm periuk tetiba mak aku lari smbil terjerit2 masuk dlm umah. Dia ckp ada burung besar warna hitam tah muncul dari mana mcm nak sambar dia. Bila ayah aku pegi tengok,tak ade pon burung tu. Lgpon nak masuk waktu maghrib. Ayah aku suruh semua org masuk dlm umah.

Waktu tu masih blackout lagi. Kiteorg dah standby lilin. Paklong aku lak sibuk call tnb suruh betulkan balik sbb majlis nikah nak mula dah. Mase tu mmg tnb tgh betulkan pon cuma tak tahu berapa lama letrik boleh ok balik. Dlm sibuk2 tu ada pulak dpt call dr telefon umah. Memula aku jwb call tu, org sebelah sana senyap je lpas tu letak. Telefon rumah masa tu letak dkat dlm bilik sepupu aku ni. Dah la gelap gelita. Tak lama tu bunyi lg telefon tp bila angkat snyap lagi. Ada lah dlm 5,6 kali jugak mcm tu. Last2 maklong aku yg jawab. Baru org tu bcakap. Nak tau org tu ckp ape?

Org tu mengilai ok. Mcm kak pon tu.

Teros maklong aku cmpak telefon. Lepastu dia start nangis2. Dah lah seluruh umah tgh begelap time tu. Lilin pasang pon tak bnyk sbb umah tgh ramai bebudak,so faham2 je lah.

Majlis start lepas isyak gitu, tok kadi semua dh sampai tp masih blackout. Terpaksa gak lah majlis belangsung bwh cahaya lilin jek. Ngam2 paksu genggam tgn tok kadi lampu pun menyala semula. Kira majlis bejalan lancar lah mlm tu.

Tu lah dugaan paksu aku sepanjang hari dia nak menikah. Kiteorg smua tetanya2 pasal misteri yg belaku. Tp sudah tejawab skang lepas 2,3taon paksu kahwin. Penyebabnya biarlah rahsia. Bnyk lg yg belaku cuma aku ingat2 lupa. Nnt lah aku tanya mak aku bebila senang nnt.

Misteri!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel