Rumah Lama Berhantu berdekatan Sekolah Menengah Teknik Ipoh (1991)
Tempat : Sekolah menengah teknik Ipoh
Masa: SPM 1991
Mangsa: Aku dan Hazri kawan aku
Suspek: Tak Tau..
Salam semua.
Dah lama aku tak menjengok kat sini. Ada dalam 3 bulan.. Bukan apa.. sibuk sikit atas urusan kerja.. Sekarang baru senang.. Banyak jugak cerita baru yg seram seram ya.. Bagus kawan kawan semua..
Aku nak cerita pasal masa aku ambik SPM tahun 1991 dulu. Masa minggu periksa memang semua orang sibuk.. Maklumlah demi masa depan kan.. Mesti pulun kaw kaw punya..
Masa dah nak habis minggu periksa tue, ada tinggal satu paper je belum ambik. Kalau tak silap aku Geografi pada hari Khamis.
Hari tue hari Selasa.. Jadi hari Rabu free tak de exam.
Konon2nya nak lepas tension, aku pun ajak kawan aku pergi tengok wayang cerita KUNGFU cina kat pekan Ipoh..Cerita dia memang best.
Kalau sape yg sezaman dgn aku mesti tau cerita nie yg ada kungfu belut dan ular tue.. Kalau tak tau lantak kome le.. Ha ha ha �
Kawan aku si Hazri nie pun setuju nak ikut.. Malam tue kitorang fly jalan kaki pergi pekan ipoh.. Jauh tu kalau nak diikutkan.. Tapi ye lah.. zaman bebudak dulu.. memang seronok, tak de hal punya. Lagipun nak save budget, bebudak mana ada duit..
Wayang start pukul 10. Seronok betul rasanya.. Hilang segala tension.. Dalam 11 lebih cerita pun habis . Kami pun jalan kaki
balik semula ke Asrama.
Aku nak cerita sikit pasal kawasan sekolah aku nie.. Depan sekolah ada sekolah Asrama Agama Izudin. Belakang sekolah pulak ada taman rekreasi yg besar dipanggil PADANG POLO.. Padang nie pulak diapit sebelah kiri JIRAT CINA..sebelah kanan pulak kawasan perumahan banglo dan RUMAH INGGERIS LAMA yg kosong tak de penghuni.
Jalan dia memang panjang sampai ke jalan besar.
Jadi masa nak balik dari jalan besar, aku kena lalu kawasan RUMAH INGGERIS nie dulu, kemudian PADANG POLO, baru jumpa kawasan pagar sekolah..
Masa tue dah dekat pukul 12 malam, kitorang jalan berdua sambil sembang sembang pasal cerita kungfu tadi sambil bergelak ketawa, jadi tak rasa penat sangat berjalan jauh.
Sampai saja jalan masuk tue, kami pun jalan pelan pelan. Tak rasa takut sangat sebab ada lampu jalan. Tapi jaraknya jauh jauh jugak, jadi cahaya jalan samar samar je.. Kereta memang tak de lalu pun masa tue. Yelah, kawasan tue bukan ramai orang dan bukan laluan utama.
Jalan nie memang panjang dalam 2km lebih kurang.
Tak rasa apa apa lagi, member aku si Hazri nie mmg jenis cool tak gelabah punya. Jadi kami pun jalan macam biasa.
Masa kat tengah perjalanan, kami tiba kat sebuah RUMAH LAMA nie. Kawasan rumah nie berpagar. Pintu pagar pulak ada 2. Satu laluan masuk dan satu laluan keluar. Macam dalam cerita P RAMLEE MADU 3 tue.
Kawasan rumah memang besar. Pagar dia pulak dah di tutup dengan pokok pokok sampai tak nampak apa yg ada kat dalam. Cuma kami nampak depan rumah ada pokok ARA yg besar.
Masa sampai pagar pertama benda ni terjadi�.
Masa kitorang lalu, kitorang dengar seperti ada orang berjalan di balik pagar mengikut kami. Tapi kakinya seperti jalan menyeret sambil memakai rantai besi.. Sreet sreet sreeet..
Masa tu kami terpinga pinga tak tau apa lagi. Mata kami dah meliar mencari kalau ternampak siapa yg mengikut kami.. Tak takut lagi, sebab ingatkan ada orang kat dalam ke, ada jaga ke.. Tapi kawasan rumah tu gelap. Rumah tinggal, mana ada orang.
Bunyi tu mengikut kami sampai ke pintu pagar yg kedua dan berhenti di situ. Kami rilek lagi,
Tiba tiba ada pulak atas kepala kami ada beratus ratus ekor burung terbang mengelilingi kepala kami. Berpusing pusing sambil berbunyi nyaring. Sreek sreek sreek. Terbang rendah betul dalam tinggi setengah tiang lampu. Tak tau dari mana burung tu datang, tiba tiba je ada.. Memang banyak, cahaya lampu kat situ pun makin kelam sebab terhalang oleh burung2 nie.
Masa nie aku dah cuak..
Aku cakap kat Hazri.. �Rilek, apa apa kita jangan lari� Aku nak kuatkan semangat masing masing. �ok� kata Hazri.. Dalam hati siapa yg tau�
Kami pun buat buat rilek berjalan macam biasa sambil memandang kat dalam kawasan rumah tu.Atas kepala kami ratusan burung2 nie masih terbang keliling kami sambil berbunyi nyaring.
Tapi aku perasan yg burung2 nie datang dari pokok ara tue. Mcm ada benda yg mengacau burung2 nie..
Elok je aku pandang ke dalam, tiba tiba aku nampak ada pulak macam cahaya samar samar mcm lampu lilin kat tingkat atas rumah tue. Masa tu pulak terdengar bunyi macam gendang dipalu. Dunggg� Dunggg.. Dungggg.. Lambat lambat temponya..
Aku nak sedapkan hati aku, aku cakap sambil berjalan kat Hazri, �ada orang kot kat rumah nie�� Hazri tak cakap apa. Dia diam sambil berjalan beriring aku..
Aku dan Hazri pun jalan macam biasa sambil tengok rumah tue sampai lah jauh melewati rumah tue.. Sayup2 bunyi gendang masih kedengaran, kami pun berjalan lagi hingalah tak dengar lagi bunyi tue.
Ada dalam 20 minit nak sampai asrama aku dan Hazri tak banyak bercakap. Layan perasaan masing masing dan tertanya tanya dalam hati apa yg berlaku tadi..
Sampai je asrama dalam pukul 12 lebih, aku jumpa kawan aku Din yg tak tidur lagi, kitorang pun cerita kat dia apa yg berlaku tadi.. Dia kata tempat tue mana ada orang..
Masa nie, barulah perasaan takut datang� Esok pagi aku, Hazri,Din dan sorang lagi kawan aku datang sana nak pastikan ada orang tak kat rumah tue..
Confirm, rumah tinggal tak de orang kat situ ataupun jaga...
Jadi memang sah.. yg aku jumpa malam tue ���������������!!!!!
nie aku copy contoh rumah Inggeris nie..
Tamat.