Novel Terbaru Di Kakinovel.my : Mimpikan Aku, Please!
MIMPIKAN AKU, PLEASE!No. ISBN:- 978-967-0874-07-4
Jumlah muka surat:- 640
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21
Jumlah muka surat:- 640
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21
Beli Novel : kakinovel.my
Sinopsis Novel Mimpikan Aku, Please!:
Laila Elise Katrina berdendam dengan bapanya kerana menyebabkan dia tidak berkesempatan bertemu ibunya buat kali yang terakhir. Kejayaannya langsung tidak bermakna pada dirinya. Daddy kejam!
Hati yang terluka semakin parah apabila bapanya mempertaruhkan masa hadapannya dengan Zarith, demi kepentingan syarikat. Elise tidak sanggup hidup bersama Zarith, playboy tersohor di KL lalu lelaki itu ditinggalkan pada hari pernikahan mereka.
Zarith tegar memburu Elise kerana telah memalukan keluarga, lebih-lebih lagi dirinya yang tidak pernah ditolak oleh mana-mana perempuan.
Demi Great Pan�s, Akbar Adil Haikasy sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya. Dia rela hidup sehelai sepinggang daripada menerajui empayar perniagaan ayahnya, Tan Sri Imran.
Pertemuan Elise yang petah berkata-kata dan Akbar yang perengus di hadapan pintu Great Pan�s membuka lembaran baru dalam hidup mereka.
�Awak ni datang bulan ya?� sindir Elise.
Akbar berang. �Lebih baik kau blah, jangan kacau aku!�
�Awak ingat saya nak mengurat awak ke? Saya cuma nak tolong aje,� beritahu Elise dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati.
Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti seketika. Sambil tersenyum sinis dia berkata, �bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan kau asyik tengok aku aje dari pagi tadi.�
Elise rasa tak percaya dengan kata-kata Akbar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh Akbar adalah sewaktu dia �ter�renung Akbar pada pagi tadi. Lidahnya serta-merta menjadi kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi senyuman sinis itu amat menarik perhatiannya. Lesung pipit di kiri dan kanan, bibir yang meleretkan senyum sinis dan�.
�Nampak tak apa yang aku cakap tadi?�
�Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun. You know what, you got something on your teeth. Here.� Elise menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.
Penyatuan mereka dalam keadaan yang tidak terduga. Namun, Elise tetap bersyukur kerana dijodohkan dengan Akbar.
Kehadiran Zarith mengganggu ketenteraman hidup mereka hingga menyebabkan Elise membawa diri ke tanah tempat tumpah darah arwah ibunya. Akbar ditinggalkan dengan harapan dia bisa menemui dirinya yang dahulu, iaitu Elise yang mencintai Akbar.
Akbar reda dalam derita ditinggalkan Elise. Kehilangan. Kita takkan pernah tahu erti kehilangan sehinggalah kita merasakannya.
Tegakah Elise terus membiarkan dirinya hanyut dalam pencarian dirinya yang tidak berkesudahan itu? Sampai bila pula Akbar sabar menunggu?
�Ibarat dua hati yang sudah ditakdirkan bersatu, maka akan bertemu jua walaupun terpisah ke hujung dunia.�