Super Save Julai 2015 [Pek Julai Sweet] : Novel Aku Ada Dia | Novel Jangan Percaya Cinta | She's My Senior (Dengan Harga RM35 SM| RM62 SS)

? Assalamualaikum ?

Super Save Julai 2015 [Pek Julai Sweet] : Novel Aku Ada Dia | Novel Jangan Percaya Cinta | She's My Senior (Dengan Harga RM35 SM| RM62 SS)
SUPER SAVER JULY 2015
(PEK JULAI.SWEET)
1. AKU ADA DIA � LYNN ALLYNA
2. JANGAN PERCAYA CINTA � LEYA ZARINE
3. SHE�S MY SENIOR � FIMIRAE

SEMENANJUNG RM53
SABAH SARAWAK RM62

Novel Menarik Julai 2015 Di Kaki Novel.

Super Saver July 2015 menampilkan 3 novel terbaru. 

  1. Aku Ada Dia - Karya Lynn Allyna
  2. Jangan Percaya Cinta - Karya Leya Zarine
  3. She's My Senior - Karya Fimirae
Apa yang menarik karya kakinovel.my ini adalah penghantaran percuma seluruh Malaysia. Beli semua novel pun tak kisah..hahaha...ini adalah antara isu yang mengoda cik akak untuk setia membeli novel di laman kakinovel.my.

  • Sinopsis Novel Aku Ada Dia
Ayu Harlina pasrah. Demi anaknya, dia rela melepaskan Engku Fareez. Enam tahun berlalu� dan takdir menemukan mereka sekali lagi. Walaupun cinta masih ada di hati mereka, tapi keadaan menghalang.
Engku Fareez berusaha untuk memujuk, tapi hati Ayu Harlina masih ragu-ragu. Cukuplah dia rasa rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu hancur. Dia tak mahu jadi parasit yang mungkin akan hancurkan rumah tangga orang lain pula.
�Abang� jangan main-main boleh tak?� Dia tak suka dan tak selesa bercakap tentang hati dan perasaan dengan Engku Fareez. Keadaan dah berubah. Mereka bukannya suami isteri macam dulu. Tolonglah faham.
�Abang tak main-main. Sejak kali pertama abang jumpa Ayu dua minggu lepas, abang rasa makin rindu. Macam dah tak boleh ditahan-tahan. Kalau dulu, tak boleh jumpa sebab tak tahu Ayu kat mana, tapi bila dah jumpa semula ni memang abang tak mahu lepaskan peluang.� Jujur sahaja Engku Fareez membuat pengakuan.
�Abang� jangan buat Ayu rasa serba salah boleh tak? Abang dah ada keluarga sendiri, kita dah tak boleh jumpa macam ni. Kalau Hayfa atau keluarga Hayfa tahu macam mana? Kalau bonda abang tahu macam mana? Ayu tak sanggup kalau apa-apa jadi kat Hanania. Ayu tak sanggup, abang.�
�Ayu tak rindukan abang ke?�
Tapi mampukah dia menahan hati yang masih sarat dengan cinta?
Siapa Sarah? Dan apa kaitan Hayfa dan Tengku Soraya dalam kehidupan mereka?
�Cintai Dia. Percayalah pada-Nya. Kerana Dia akan sentiasa ada untukmu.�
  • Sinopsis Jangan Percaya Cinta
Kejadian malang sembilan tahun lepas begitu memberi impak ke atas dirinya. Hidupya berubah. Kerana pengalam ngeri itu kelakuannya juga turut berubah. Dari seorang gadis yang begitu santun akhlaknya, menjadi seorang gadis yang gemar bermain cinta. Cintanya banyak. Dia gemar bertukar-tukar pasangan. Setelah dia yakin hati lelaki sudah menjadi miliknya, lelaki itu akan ditinggalkan dengan begitu sahaja. Alasannya sering tidak logik. Tapi dia tak kira. Misinya cuma satu. Melihat lelaki kecewa. Dan dia seronok melihat lelaki menangis.
Siapa tak pernah menjadi mangsanya? Dani? Azri? Shahrul? Terkini, Zayyan. Tujuannya cuma satu. Hati lelaki mesti dipatahkan! � INAS.
Jiwanya sudah terdidik dengan statement; perempuan mesti dijauhi. Dia jadi perengus dengan kaum ini. Dia cukup menyampah apabila terpaksa berada dalam lingkungan perempuan. Mukanya tak pernah manis. Dia jarang tersenyum. Dan dia tidak pernah memberi muka kepada mana-mana perempuan.
�Dia dengan perempuan? Makhluk gedik tu? Oh, tolonglah! Dia memang menyampah dengan makhluk menyusahkan macam tu. Perempuan sangat melecehkan. Sebab perempuan dia jatuh ke dalam dunia yang menakutkan. Perempuan tiada bezanya dengan ahli sihir. Sengaja mahu memukau lelaki sekaligus buat lelaki merana.� � ZUHAIR.
Zuhair dan gadis itu� masing-masing tak percaya cinta. Sampai bila mereka tak percaya cinta? Selama-lamanya?
�Cinta? Jangan cakap pasal cinta dengan aku. Cinta bagi aku macam wabak. Boleh membunuh secara senyap.�
  • Sinopsis She's My Senior
Ikhwan merupakan pelajar tingkatan empat yang sentiasa mengacau keharmonian sekolah. Dia budak wanted walaupun bapanya pengerusi PIBG di sekolah tersebut. Dan dia geng Yusoff, adik Hawa yang merupakan pelajar tingkatan lima di sekolah yang sama.
Berbeza dengan Ikhwan, Hawa merupakan pelajar contoh di sekolah. Dia seorang pelajar pintar yang aktif di sekolah serta rajin membuat kerja rumah. Atas dasar itulah bapa Ikhwan meminta jasa baik Hawa menjadi guru tuisyen anaknya itu.
Bertitik tolak dari situ, hati Ikhwan mula tercuit dengan seniornya itu. Hawa tidaklah cantik sangat pada matanya, tetapi gadis itu cun tahap tak hengat. Dia memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Hawa, namun Hawa tidak memberi sebarang kata putus. Hawa tidak mahu memberikan harapan pada Ikhwan kerana perjalanan hidup mereka masih jauh dan masa depan mereka masih samar-samar. Ikhwan yang kecewa dengan sikap Hawa membawa diri ke Belanda untuk melanjutkan pelajarannya.
Beberapa tahun berlalu dan masing-masing sudah pun memasuki alam pekerjaan. Yusoff yang masih berhubungan dengan Ikhwan ingin menukar status rakan baiknya itu kepada status abang ipar. Berjayakah dia? Bagaimana pula dengan Ikhwan? Adakah cintanya pada Hawa cinta sejati atau puppy lovesemata? Dan Hawa� adakah hatinya sudah terisi dengan insan lain atau masih mengenangkan Ikhwan?
�Aku bukan Prince Charming yang seperti semua perempuan harapkan. I can�t promise you happy ever after or love story like fairytales. But I promise you, to stay by your side up hills or down streams. So, aku cakap terus terang� Kalau aku minta parents aku masuk propose kau, tolong terima.� � IKHWAN
�Cinta, love, �i, amor, liebe, sarang, l�amour. Manamana word yang kau berkenan, kau boleh pilih. Ke� nak aku tambah lagi?�

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel