BENCANA ALAM ~ SUMBANGAN NEGARA KITA MEMBANTU NEGARA-NEGARA YANG TERLIBAT DENGAN BENCANA ALAM

Bencana alam sering berlaku di merata-rata tempat di dunia ini. Sebagai sebuah negara yang prihatin,  Malaysia sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam.  Huraikan sumbangan yang dapat diberikan oleh negara kita untuk membantu negara-negara tersebut.


Dunia kini semakin sering kedengaran gegar gempitanya tidak kira di sebelah selatan, utara, timur dan barat. Bunyi letupan serta gegaran yang dirasai oleh mereka bagaikan mimpi buruk yan tidak berkesudahan. Barangkali petanda bumi sudah dimamah usia ataupun sikap manusia yang rakus mengundang si dia? Pada zaman atom ini, sering kita lihat serta tonton di kaca televisyen bencana alam mengundang duka dan derita saudara kita di merata�rata dunia.  Bencana alam yang sememangnya datang tidak dijemput perginya dinantikan. Keprihatinan warga dunia ditagih serta diperlukan bagi meneruskan kehidupan. Ada yang hilang tempat bergantung, ada yang bergelar yatim piatu serta hidup sebatang kara. Malaysia sebagai negara yang prihatin serta masyarakat yang suka menghulurkan bantuan sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam.

Muktahir ini, kita dapat menyaksikan di dada-dada akhbar serta di kaca televisyen gempa bumi yang melanda negara dunia ke-3 Nepal yang menyebabkan kerosakan yang amat dahsyat. Kekebalan bangunan-bangunan runtuh dengan sekelip mata dibadai gegaran gempa bumi yang berukuran 7.3 skala rikter. Gempa bumi ini dicatatkan yang terburuk selepas gempa bumi sebelumnya. Malaysia mendatangkan sumbangan daripada rakyat Malaysia serta kerajaan melalui badan-badan kerajaan serta badan �badan bukan kerajaan NGO yang turut berlepas ke Nepal bagi menghulurkan bantuan dari segi perubatan, makanan, bekalan air bersih serta khemah sementara. Dianggarkan 8 juta rakyat Nepal terjejas dalam bencana kali ini. Pihak kerajaan yang diwakili, Kelab Putra 1Malaysia telah ditugaskan ke sebuah tempat pengagihan makanan serta keperluan asas lain kepada penduduk yang terjejas. Sumbangan yang diberikan walaupun sedikit tetapi mampu mengukirkan senyuman daripada mangsa-mangsa terlibat yang amat bermakna kepada petugas. Keprihatinan, doa serta dorongan yang berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia dipanjatkan agar mereka dapat kembali hidup seperti sedia kala.


Sumbangan rakyat Malaysia sangat diperlukan oleh penduduk yang ditimpa bencana dan dihargai. Sumbangan berupa keperluan asas seperti roti, minuman air bersih serta kelengkapan tidur adalah antara barang yang sering dikirimkan kepada mangsa bencana. Malaysia yang sudah memang terkenal dengan sifat prihatin rakyatnya serta pemimpinya sering dinantikan ketibaan bantuannya di tapak khemah sementara. Malaysia bukan sahaja menerbangkan barang bantuan malah menerbangkan pakar-pakar perubatan serta sukarelawan bagi membantu apa-apa yang termampu. Kebutuhan ubat�ubatan bagi merawat penduduk terjejas juga menjadi keutamaan pihak penyumbang. Pakar perubatan akan memberikan pembedahan langsung bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius. Kebersihan kawasan kem turut dititikberatkan oleh kem bantuan Malaysia bagi mengelakkan wabak penyakit berjangkit tersebar.
Sukarelawan-sukarelawan yang ditugaskan juga bukan sahaja menjaga makan minum penduduk terjejas. Malah, sukarelawan serta pakar perubatan juga memikul tanggungjawab merawat trauma yang dialami penduduk terutamanya kanak-kanak. Bencana alam yang menimpa mereka mungkin memberikan kejutan serta impak yang besar kepada mereka. Trauma merupakan penyakit psikologi yang sering kali berlaku kepada orang yang dihantui perkara yang buruk. Suasana yang aman dan selesa dapat mengubati trauma yang dialami mereka dan pihak bantuan menyediakan tempat bagi kanak-kanak bermain serta menimba ilmu pengetahuan.


Selain itu, bantuan sukarelawan bagi memulihkan keadaan sekeliling turut dihantar ke kawasan bencana. Hanya bantuan yang dapat dihulurkan kerana selebihnya hanya mereka yang merasai penderitaan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.  Tidak lupa juga, bantuan daripada pihak berkuasa seperti polis, bomba serta tentera bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar serta mencari saki baki orang�orang yang hilang atau tertimbus di bawah runtuhan. Bantuan berupa tenaga sangat diperlukan kerana tenaga yang sedia ada terhad dan tidak mempunyai kepakaran sepertimana pihak berkuasa. Bantuan kaunseling turut ditawarkan kepada mangsa bencana selepas kehilangan tempat tinggal serta saudara mara. Bukan sahaja pihak kerajaan malah pihak organisasi bukan kerajaan juga turut bergiat aktif memberi bantuan contohnya MERCY.


Kesimpulannya, pertolongan dari segi aspek perubatan, makanan, tempat tinggal, bekalan air bersih serta rawatan daripada pihak yang membantu sedikit banyak dapat mengurangkan beban mangsa bencana.`Hulurkan bantuan ringankan beban � begitulah kata-kata hikmah yang perlu disematkan dalam setiap hati rakyat Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlulah menanam sikap bantu-membantu dalam diri serta mengajar anak-anak sejak berumur setahun jagung lagi agar sikap ini dapat meringankan beban dan dapat memberikan senyuman kepada mangsa bencana. Kesungguhan kita, sebagai individu menyumbang serta individu-individu lain mengukuhkan peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima. Diharapkan sikap prihatin rakyat Malaysia dapat diteruskan seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni serta  tolong-menolong menjadi sikap yang sudah sebati dalam jiwa rakyat Malaysia. 

[694  patah kata]
ENGKU NUR UMAIRAH BINTI TUAN SANUSI ASMADI
5 BERLIAN 2015

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel