"Pulihkan Ekonomi, Pihak Berkuasa Henti Buat Kenyataan Bodoh" - Nazir Razak

"Pulihkan Ekonomi, Pihak Berkuasa Henti Buat Kenyataan Bodoh" - Nazir Razak


Ketua Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata pihak yang berkuasa patut berhenti mengeluarkan �kata bodoh� dalam usaha memulihkan ekonomi.


Beliau hari ini memuat naik sekeping gambar arca lembu yang tergolek untuk menggambarkan keadaan pasaran yang lembab serta melontarkan persoalan sama ada ia telah mati.

�Mati atau cedera? China akan tentukan,�

�Terima atau sesuaikan dengan segera.

�Sementara itu, modal bersifat amat sensitif; berita buruk dan petanda buruk lebih memberi kesan, jadi orang 'berkuasa' mesti elak cakap perkara bodoh,�

Ini komen penuh dari Nazir Razak:

Dead or wounded? China will determine, but a new normal (of relative values) will prevail for most emerging markets. Accept & adjust quickly. 

Meanwhile, capital is super sensitive; bad news & bad signs amplified, so "power" people must avoid saying stupid things.

Adik PM Najib ini membuat kenyataan tersebut setelah ringgit melepasi tahap RM4 untuk 1 dolar Amerika Syarikat (AS), prestasi terburuk dalam 17 tahun.

Berbanding ekonomi Asia Tenggara juga, ringgit dilihat semakin lemah apabila ringgit mencecah 3 untuk sedolar Singapura, sebuah rekod rendah terbaru.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel