Kakak Emma Maembong Diburu Lanun Ketika Bercuti

Kakak Emma Maembong Diburu Lanun Ketika Bercuti


Kakak kepada Emma Maembong iaitu Yaya Maembong melalui detik cemas apabila diburu lanun ketika bercuti.


Yaya maembong dan suaminya iaitu pelakon drama Wan Raja, mendedahkan dia dan Yaya menjadi sasaran penculikan lanun ketika sedang berbulan madu di Pulau Mabul, Samporna, Sabah.

Ini terjadi setelah ramai penduduk di daerah itu mengambil gambar bersama mereka kerana statusnya sebagai pelakon dan Yaya sebagai kakak Emma Maembong dan perkara itu sampai ke pengetahuan pihak lanun.

Maka lanun tersebut cuba menjadikan mereka berdua sebagai mangsa culik mereka. Nasib baik pihak polis dan pihak berkuasa berjaya menghidu perkara tersebut.

Ini pendedahan Wan Raja:

Jadi Buruan Sang Lanun

"Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat tentang serangan lanun.

"Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis. Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami," .

Wan Raja Popular Melalui Teman Lelaki Upahan

"Ketika itu drama Teman Lelaki Upahan sedang ditayangkan di TV3 dan mereka mengenali saya kerana menonton drama tersebut di slot Akasia dan memanggil saya suami Izara Aishah.

"Disebabkan itu ramai yang datang untuk ambil gambar sehingga berita saya berada di pulau itu tersebar dari mulut ke mulut,"

Terus Balik Cepat

"Nasib baik kami tahu perkara itu pada hari terakhir percutian kami dan mengambil keputusan untuk keluar dari pulau tersebut sejurus mengetahui perkara itu.

"Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dan pihak berkuasa memang mengawal ketat serta memastikan keselamatan saya dan isteri terjamin sepanjang berada di sana,"

Pasangan Wan Raja dan Yaya Maembong (kakak kepada Emma Maembong) berkahwin pada 12 Disember 2014 yang lalu dan berbulan madu pada Februari 2015. Kini Yaya Maembong sedang hamil anak pertama mereka.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel