Nota Syair Bidasari
Syair Bidasari
Oleh: Jamilah hj Ahmad
Rangkap 1
Raja kembayat dan permaisurinya telah sampai ke sebuah hutan kerana melarikan diri, tubuh baginda dipenuhi luka akibat terkena duri rotan.Permaisurinya pula sedang sarat mengandung.
Rangkap 2
Baginda terasa begitu sakit apabila melihat permaisuri yang tidak mampu berjalan lagi.Baginda terpaksa memimpin permaisuri agar dapat terus berjalan.
Rangakap 3
Baginda akan menuruti kehendak permaisuri kerana baginda terlalu sayang ditambah dengan keadaan permaisuri yang sedang mengandung.
Rangkap 4
Setelah dua bulan dua hari lamanya perjalanan. Baginda sudah tidak berupaya untuk berjalan lagi kerana terlalu lemah dan lesu. Baginda berhenti di sebuah desa.
Rangkap 5
Baginda meneruskan perjalan yang sukar dan tiba di sebuah kampung kepunyaan seorang saudagar. Baginda hanya berhenti di luar kampung untuk menghilangkan rasa letihnya.
Rangkap 6
Baginda berkata baginda tidak berani untuk masuk ke kampung kerana tidak tahu siapa pemiliknya lebih baik baginda tinggal di situ sahaja.
Rangkap 7
Permaisuri menangis lalu mengatakan bahawa sakit perutnya tanda hampir untuk bersalin.
Rangkap 8
Baginda terlalu susah hati kerana permaisuri hendak bersalin sehingga tiada lagi kata-kata yang dapat baginda ucapkan.
Rangkap 9
Baginda memujuk permaisuri agar terus berjalan mencari perhentian yang berhampiran dengan sungai.
Rangkap 10
Baginda memimpin permaisuri berjalan beberapa langkah sahaja mereka berhenti.Mereka mencari perhentian yang berhampiran sungai.
Tema
Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk bersalin.Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan sungai.
Persoalan
Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha mencari kehidupan yang lebih terjamin.
Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang tersayang.
Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
Bentuk
Terdiri daripada 10 rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.
Gagahilah sedikit perlahan-lahan (3 perkataan)
Teruslah ke kampung seorang saudagar (5 perkataan)
Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
Oleh baginda pimpin jari (9 suku kata)
Sampailah baginda ke dalam hutan (13 suku kata)
Rima akhir syair ini ialah aaaa
Syair ini adalah puisi terikat.
Gaya Bahasa
Asonansi -Pengulangan huruf vokal - masyhul baginda tiada terkira-kira vokal (a)
Aliterasi - sambil baginda memimpin puteri konsonan (m)
Kata ganda - berkerat-keratan,perlahan-lahan ,terkira-kira
Bahasa klasik- durah,lesuh,masyghul
Peribahasa- hilanglah budi
Nilai
Nilai kesabaran.
Setiap insan harus bersabar dalam mengharungi rintangan kehidupan.
Nilai pengorbanan
Dalam usaha mencapai kebahagian seseorang perlu berkorban untuk orang yang dikasihi.
Nilai keperihatian.
Seseorang perlu perihatain dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.
Pengajaran
Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan agar hidup lebih bermakna.
Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar mereka beroleh bahagia .
Kita hendaklah perihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh orang lain.