Pengarah SPRM Tak Jadi Pindah: Arahan Pertukaran Ke Jabatan Lain Dibatalkan
Pengarah SPRM Tak Jadi Pindah: Arahan Pertukaran Ke Jabatan Lain Dibatalkan
ARAHAN PERTUKARAN PENGARAH SPRM DIBATALKAN
Dua pengarah di SPRM iaitu Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob telah dibatalkan untuk bertukar ke Jabatan Perdana Menteri berdasarkan satu laporan terkini.
Keputusan itu dibuat hasil dari satu mesyuarat antara SPRM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal diadakan di Putrajaya pada pagi Isnin.
Datuk Bahri dan Datuk Rohaizad yang masing-masing merupakan Pengarah Operasi Khas dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM telah diarahkan berpindah ke JPM pada Jumaat lalu.
POLIS TANGGUH SIASAT SPRM
Sementara itu Polis juga telah menangguh siasatan ke atas pegawai SPRM.
SPRM juga telah menyambut baik kenyaatan Ketua Polis Negara bahawa Polis akan menangguhkan sementara siasatan melibatkan pegawai SPRM berhubung kes kebocoran maklumat.
Pihak SPRM berpendapat bahawa tindakan ini akan membantu mengatasi suasana tidak senang yang wujud sekarang.
Sumber:mStar