Timbalan Perdana Menteri Dedah Punca Bawa Masuk 1.5 Juta Pekerja Bangladesh
Timbalan Perdana Menteri Dedah Punca Bawa Masuk 1.5 Juta Pekerja Bangladesh
Timbalan Perdana Menteri yang baru iaitu Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan sebab kenapa Malaysia akan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing termasuk dai Bangladesh.
Ini adalah kerana sikap rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerja di mana tidak berminat bekerja dalam sektor �3D� iaitu �dangerous�, �difficult� dan �dirty�.
Ini sekaligus menyebabkan kerajaan terpaksa meneruskan rancangan membawa masuk pekerja asing termasuk Banglasdesh.
Ini kata Zahid Hamidi (Bernama)
"Kerana setiap industri dan perniagaan sentiasa dan perlu berjalan maka kita harus mencari alternatif dengan membawa pekerja asing daripada luar negara."
TPM Ahmad Zahid mengumumkan akan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun untuk memenuhi permintaan majikan dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.