Enggan Hidang Minuman Keras, Pramugari Digantung Tugas
Enggan Hidang Minuman Keras, Pramugari Digantung Tugas
Di Amerika Syarikat, seorang pramugari Charee Stanley yang beragama Islam telah digantung tugas.
Ini gara-gara pramugari ini berkeras tidak mahu menghidangkan arak kepada penumpang.
Charee Stanley telahpun berkhidmat selama 3 tahun di syarikat penerbangan Express Georgia dan baru setahun memeluk agama Islam.
Charee dikenakan tindakan digantung tugas sebagai kesalahan tatatertib selepas seorang rakan setugasnya melaporkan keengganannya itu kepada pihak atasan syarikat.
Rasa tertindas, Charee pula memfailkan aduan berhubung tindakan majikannya yang didakwa sebagai mengamalkan diskriminasi.
Kes ini menjadi perbualan hangat bagi mereka yang terlibat dengan industri penerbangan di Amerika Syarikat