'Dato' gelaran dunia sahaja, kata anak TPM

Dato Hanya Gelaran Dunia Sahaja - Kata Anak TPM


Nurul Hidayah, anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini tampil menjelaskan gelaran 'Dato' yang diperolehnya.

Penjelasan ini dibuat selepas gelaran Dato yang diterimanya menjadi kritikan orang ramai di laman sosial baru-baru ini.

Nurul Hidayah juga telah menafikan gelaran 'Dato' yang diterimanya itu adalah kurniaan kerana menjadi Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah.

Anak perempuan TPM ini juga mengatakan kurniaan gelaran Dato itu hanya duniawi semata-mata.

Ini penjelasan Nurul Hidayah:

"Saya mendapat anugerah itu berasaskan kerjaya saya sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

"Untuk pengetahuan umum, gelaran Dato' tidak terhad kepada sesebuah negeri. Ia adalah kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku kehendaki," 

�Yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup. Darjat yang kekal di sana.

"Saya tidak semudahnya memalukan sebuah organisasi (Askar wataniah) yang saya junjung tinggi dan meletakkan ia melebihi segalanya.

"Walaubagaimanapun, gelaran Dato� itu adalah gelaran didunia sahaja. Kepada yang menyebarkan fitnah, kita akan berjumpa kelak di mahkamah Allah," 

Nurul Hidayah mula menjadi perhatian selepas memuatnaik status mengkritik dan menghentam peserta perhimpunan Bersih 4.0  sebagai perbuatan sia-sia dan bodoh.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel