Misteri Mimpi dikejar Wanita Yang Menyeramkan
Assalamualaikum...
di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang agak misteri dan pelik...
Al kisahnya bermula,
Ada sepasang kekasih ini, Azri dan Anis, sudah lama diorang berkapel.. Dikatakan pasangan ini pasangan yang sangat sweet di tempat diorang belajar dulu...diorang berkapel hampir 5 tahun lamanya semenjak waktu sekolah lagi... Sebenarnya sebelum diorang kapel lagi, Azri sebenarnya pernah melihat Anis ketika diorang masih kecil kerana dulu diorang sebenarnya berjiran.
Dipendekkan cerita,
setelah 5 tahun lamanya, setelah pelbagai cerita pahit dan manis sepanjang hubungan mereka itu, akhirnya diorang mengambil keputusan untuk berkahwin...
lagi pun, masing-masing semua dah bekerja...
Setelah pelbagai dugaan yang dihadapi oleh Azri dalam kehidupannya untuk mencapai kejayaan, akhirnya takdir meletakkan Azri di sebuah syarikat elektronik yang sangat terkenal iaitu syarikat Intel...dia bekerja sebagai Engineer dalam bahagian IC Design...
Anis pula, pernah menjadi Chef di sebuah hotel, dan akhirnya berhenti dan berjaya mencapai impiannya untuk membuka Kafe sendiri dan alhamdulillah kafe tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan...
Setelah dua bulan selepas mereka berkahwin, suatu hari, Anis mendapat mimpi yang sangat misteri. Mimpi itu menunjukkan Anis sedang memimpin tangan seorang budak kecil di sebelahnya.. Tiba-tiba muncul seorang wanita berpakaian serba putih, berdiri kaku (dalam 10 meter ) di depannya, Mata wanita itu agak layu, kelihatan mukanya pucat seperti tidak bermaya, dan tangannya perlahan-lahan (dari sisi) bergerak ke atas sambil menunjukkan budak yang dipimpin oleh Anis itu... Dalam beberapa saat, Secara tiba-tiba wanita itu bertindak berlari ke arah Anis dan mengejar Anis. Anis terus mengangkat budak ditepinya tadi dan terus berlari sekuat-kuatnya dan akhirnya Anis tersedar dari mimpi.
Setiap hari, Anis mendapat mimpi yang sama...Sehinggalah suatu hari tu, anak dalam kandungan Anis dilahirkan. Anis mendapati muka anaknya itu sebijik sama dengan muka budak yang muncul dalam mimpinya itu. Setelah beberapa hari selepas anaknya dilahirkan, Anis masih lagi bermimpi benda yang sama, sehinggalah suatu hari itu, Anis bermimpi budak kecil (anaknya) yang dipimpin di sebelahnya itu bertindak melepaskan tangannya dan berlari ke arah wanita misteri di depannya itu. Kali ini wanita misteri itu tersenyum(senyuman yang sangat menakutkan). Anis cuba berlari ke arah anaknya itu untuk menghalang dari diambil oleh wanita itu, namun pergerakannya seolah-olah berada dalam keadaan slow-motion.. Anis tetap cuba berlari sedaya upaya sambil menangis...cuba cuba dan cuba, akhirnya Anis terjaga dari mimpi...Anis pun cepat-cepat pergi ke katil anaknya, dan kelihatan anaknya sudah tiada... Tiada apa yang boleh dilakukan Anis selain dari menangis dan menjerit sekuat hati...
dalam beberapa minit, Anis terdengar sayu sayu suara tangisan seorang budak, dan Anis yakin suara itu adalah suara anaknya... Anis terus bergegas mencari di mana suara itu..Puas Anis mencari, dan akhirnya Anis menemui anaknya di luar rumah (luar pintu pagar rumah).. Anis terus bergegas masuk ke bilik bersama anaknya..
Adakah kejadian ini adalah cubaan 'orang bunian' untuk mengambil anaknya?
Atau kejadian ini hanyalah suatu kebetulan sahaja, dan anaknya cuma mengigau sampai ke luar rumah?
Tapi agak mustahil jika dikatakan anaknya mengigau hingga ke luar rumah, kerana anaknya yang baru sahaja berusia berapa bulan itu belom mampu lagi untuk berjalan..
Semenjak dari kejadian itu, Anis tidak lagi mendapat mimpi tersebut......
Sekian..