Novel Kombo September 2015 : Novel Backup Cinta, Novel Alergi Mamat Romantik, Novel Sayangku Mia & Novel Sehangat Matahari - Harga Promosi RM84 (SS) RM96 (SS)

? Assalamualaikum ?

Novel Kombo September 2015 : Novel Backup Cinta, Novel Alergi Mamat Romantik, Novel Sayangku Mia & Novel Sehangat Matahari - Harga Promosi RM84 (SS) RM96 (SS)

Dapatkan novel di laman web www.p2u.my




Menerusi kombo ini akan terdapat 4 buah novel keluaran bulan SEPTEMBER 2015 sahaja.
Dengan pembelian kombo ini anda akan mendapat (Buku Nota + Novel Kampung Girl) secara PERCUMA
***Novel Kampung Girl tidak boleh ditukar dengan novel-novel lain***

Tajuk: Backup Cinta
Penulis: Ieya Sya
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-58-6
Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak)


Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik.
Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin.
Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta.
Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya!
Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif.
Will you marry me? - Shahrul Haikal
Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira
Dek peristiwa yang tidak dijangkakan itu, hati Isha bagaikan dirobek-robek saat dia tahu akan permainan sebenar Si Shahrul, beruang muka ketat itu.
Maknanya saya ni backup cinta bos? Disebabkan orang yang sepatutnya tak datang, saya la yang terpaksa berlakon gantikan dia, macam tu? - Isha Humaira
Aku ingat kau ni tak cerdik tapi cerdik juga. Betul. Kau tu bukan sesiapa, cuma backup cinta saja. Kalau aku tak nak guna, aku buang aje. - Shahrul Haikal
Apakah pengakhiran buat tiga hati ini? Masihkah hati Shahrul yang bak batu tu masih setia inginkan Diana atau berubah milik? Antara Diana dan backup cintanya, Isha, siapakah yang menjadi pilihan?

Tajuk: Alergi Mamat Romantik
Penulis: Ezza Mysara
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-56-2
Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak)


Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria.
1.         Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.)
2.         Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.)
Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal.
�Mazhab mana yang ajar kawan baik tak boleh kahwin? Lagi satu... Bukan ke perempuan idamkan lelaki romantik? Perlu ke saya ragui jantina awak sekarang?� � Arjuna.
�Eh� Calon suami saya, kan? Ikut suka hati sayalah nak letak kriteria apa pun!� � Kaisara.
Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek �romantik� diterima tanpa rela.
�Saya tengok hati awak macam kosong.� � Arjuna.
�So?� - Nurul Kaisara
�Bolehlah saya duduk dalam tu?� � Arjuna.
�What?!� � Kaisara.
Hilang nak mengajar, hati Kaisara pula yang belajar untuk jatuh suka. Tapi takkan dia jatuh cinta dengan kekasih orang? Mamat romantik pula tu!
�Itulah kau� Kau ingat cinta tu macam traffic light? Ada merah tanda jangan. Ada hijau tanda jalan atau ada kuning tanda waswas?� � Bakhtiar.
Kaisara lupa. Cinta itu tak ada pagar. Kaisara ni sejenis spesies ikut dan langgar aje. Manalah dia tahu yang di situ kawasan larangan untuk jatuh cinta? Apa yang Kaisara kena buat sekarang? Kalau dia boleh langgar kriteria kedua, mungkin dia pun boleh langgar kriteria pertama. Perlu ke dia lamar Bakhtiar untuk mengubati kekecewaan dia kerana Arjuna?
Aku ingat kau ni tak cerdik tapi cerdik juga. Betul. Kau tu bukan sesiapa, cuma backup cinta saja. Kalau aku tak nak guna, aku buang aje. - Shahrul Haikal
Apakah pengakhiran buat tiga hati ini? Masihkah hati Shahrul yang bak batu tu masih setia inginkan Diana atau berubah milik? Antara Diana dan backup cintanya, Isha, siapakah yang menjadi pilihan?

Tajuk: Sayangku Mia
Penulis: Una Unee
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-82-2
Harga: RM30 (Semenanjung) // RM33 (Sabah & Sarawak)


Hidup Tengku Zharif Iskandar a.k.a buaya darat Malaya dikelilingi dengan ramai perempuan. Istilah cinta sudah lama terpadam dari kamus hidupnya. Yang tinggal hanyalah dendam semata-mata.
�Aku belum jumpa perempuan yang mampu buat jantung aku berdegup kencang, hati aku ni pula berdebar-debar setiap kali berhadapan dengan dia, mampu buat aku tak lupakan dia walau sesaat dan dia akan menyebabkan aku makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.� � Tengku Zharif Iskandar
Namun, kehadiran seorang gadis telah mengubah segala-galanya. Cinta yang telah lama terpadam kini  kembali dalam hatinya. Dari buaya bertukar menjadi burung peliharaan.
�Awak yang buat saya gila, Mia. Saya tergila-gilakan awak. Orang cakap kalau nak anak, kena tackle mama dan papa dia dulu. Sekarang ni saya tengah tackle hati papa dan mama mentua saya la.� � Tengku Zharif Iskandar
�Helo, Encik Iskandar. Saya tak kesahlah siapa awak. Buaya darat ke, buaya tembaga ke ataupun buaya emas. Saya sikit pun tak hairan lelaki macam awak ni. Sekali saya petik seribu yang datang. Yang pasti, mereka bukan buaya macam awak. Lagi satu, jangan berani nak sentuh saya lagi,� � Damia Qalisya
Kehadiran Tengku Iskandar telah menyebabkan hidup Damia Qalisya menjadi porak-peranda. Dia bencikan lelaki buaya itu. Namun, kerana kasih kepada papanya, dia rela menerima lelaki itu dalam hidupnya. Hampir lapan bulan mereka hidup bersama barulah terbit rasa cinta buat suaminya. Cinta itu datang tanpa diduga tapi belum sempat dia mengecap bahagia, pelbagai dugaan datang menimpa.
�Jangan sentuh aku. Aku jijik, faham tak? Aku tak rela tangan perempuan yang kotor macam kau sentuh aku.� � Tengku Zharif Iskandar
Damia Qalisya dihukum tanpa sebab. Dia langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar. Mampukah Damia Qalisya mempertahankan cintanya? Adakah benar Tengku Iskandar telah tercipta untuknya?

Tajuk: Sehangat Matahari
Penulis: Tinta Ana
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-83-9
Harga: RM20 (Semenanjung) // RM23 (Sabah & Sarawak)

Cinta dan cita- cita, mampukah digapai kedua-duanya? Percintaan Wirda dengan Razif Firman semakin hari semakin hambar apabila lelaki itu semakin berjaya dalam kerjayanya. Nak berjumpa pun kena buat janji temu.
�Kerja saya bukan macam kerja awak.�
�Setakat makan- makan tu, bila- bila pun boleh.�
�Sudahlah saya sibuk ni.� � RAZIF FIRMAN
Dalam masa yang sama, dalam pertemuan yang tidak dijangka mempertemukan Wirda dengan Adam Haikal.
�Jangan sesekali cakap awak menyusahkan saya sebab saya tak pernah rasa macam tu. Saya seronok dan ikhlas kalau dapat tolong awak walaupun untuk hal yang awak rasa tak penting.� -ADAM
�Tapi kenapa awak nak buat semua tu?� - WIRDA
�Sebab saya suka�pipi awak yang bulat!� - ADAM
Kemelut melanda satu per satu selepas Wirda menubuhkan Matahari. Adam setia di sisi, manakala Razif sibuk membina kerjayanya. Saat terlihat seorang wanita bersama Razif, Wirda masih tabah hingga akhirnya�
Kalau macam ni perangai awak, baik kita putus saja!�  - RAZIF FIRMAN
Kecewa cinta pertamanya dengan mudah pilih untuk berpisah, Wirda akur.
�Kami dah putus.  Esok saya nak pergi cari boyfriend baru.� - Wirda
�Mana boleh!� � Adam
�Kenapa?� � Wirda
�Saya nak jadi kekasih awak.� � Adam
Mampukah Adam menggantikan Razif dalam hati Wirda? Dan apabila muncul Razif menuntut kembali cinta Wirda, adakah masih ada harapan buat Adam?
Wirda perlu memilih antara Razif yang dikasihi sekian lama atau Adam yang mengasihinya tanpa mengharap balasan. Siapakah pilihan hati si pemilik Matahari ini?
peluang kedua buat dirinya untuk menebus segala kesalahannya terhadap Arina.
Arina, don�t forget that you are still my wife. Nurul Arina masih isteri kepada Haris Iskandar. Remember that, my dear. � Haris Iskandar
Arina makin keliru dengan dirinya. Antara status diri atau perasaan yang menjadi keutamaan. Dapatkah Haris Iskandar menawan hati Nurul Arina sepenuhnya atau terpaksa melepaskan Arina untuk menjadi milik orang lain� Siapakah yang akan Arina pilih? Haris, lelaki yang pernah merosakkan hidupnya dulu atau Carliff, lelaki yang semakin hari semakin rapat dengannya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel