PM Najib dikritik di IACC memalukan- kata Rafidah
PM Najib dikritik di IACC memalukan- kata Rafidah
Kritikan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) sejak kelmarin di Putrajaya memalukan, kata Rafidah.
Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata lagi Malaysia kini menjadi buah mulut negara luar dan suasana itu menyakitkan.
Rafidah juga menyarankan agar isu yang terus dibangkitkan itu diselesaikan segera untuk menjaga nama baik negara Malaysia.
Ini komennya:
�Sekarang di persidangan antarabangsa (IACC) pemimpin kita dipersoalkan berhubung isu semasa yang kita sendiri sebagai rakyat masih menuntut jawapan.
�Keadaan ini memalukan apabila orang asing mula menayang kesilapan kita. Sudah tentu ia menyakitkan seperti mencurah garam dan cuka pada luka. Namun kita tidak boleh hapuskan semua komen itu kerana ia memang sahih,�
�Dunia memerhatikan kita dan menunggu bagaimana isu yang besar ini ditangani. Mereka akan ketawa melihat dua atau tiga pegawai ditukarkan ke sana dan sini...ia tidak selesaikan apa-apa.
�Kawal isu-isu itu. Tiada yang terlalu sukar ditangani jika objektifnya untuk dapatkan jawapan. Kita mesti lakukan semua usaha untuk tebus balik nama baik negara Malaysia,� katanya.
�Fokus untuk memahami kenapa rakyat berdemonstrasi...contohnya alasan mereka turun ke jalan.
�Fokus untuk mengetahui setiap isu di peringkat akar umbi dan selesaikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan...�please walk the talk�,�
sumber: SinarHarian