Punca Pelajar Perempuan UiTM Meninggal Dunia
Punca Pelajar Perempuan UiTM Meninggal Dunia
Syarafina Mansor, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis, telah ditemui meninggal dunia dalam bilik air di sebuah kolej kediaman oleh rakannya.
Puncanya dikatakan akibat dari pendarahan dalam kepala. Ini ditambah dengan kenyataan dari rakan pelajar itu, yang mengatakan Syarafina sering mengadu mengalami sakit kepala.
Sakit kepalanya itu agak teruk sehingga kadangkala Syarafina tidak dapat pergi ke kelas.
Syarafina Mansor merupakan penuntut Diploma Sains Dari Fakulti Sains Gunaan ditemui terbaring dalam bilik air oleh rakan sebiliknya, pada kira-kira 2 petang.
Rakannya itu dikatakan keluar mencari Syarafina apabila curiga mangsa tidak pulang semula ke biliknya selepas keluar untuk mandi.
Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman, berkata mangsa sebelum itu pergi ke tandas di kolej kediaman itu untuk mandi pada 12 tengah hari.
Ini komen Prof Datuk Redzuan:
�Namun, apabila mangsa tidak pulang selepas dua jam berikutnya, rakan sebiliknya bertindak memeriksa tandas itu dan menemui Syarafina sudah terbaring,�
�Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital pada 3.20 petang semalam. Proses bedah siasat yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederan pada badan mangsa sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat dari pendarahan dalam kepala,�
�Jenazah mangsa yang juga anak yatim piatu dibawa ke Bukit Jenun, Pendang di Kedah untuk dikebumikan hari ini,�
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ku Yaakob Ku Hamad, mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian yang tiada unsur jenayah.