Tindakan Ronaldo Iring Kanak-Kanak Pelarian Syria Yang Ditendang Wartawan Dapat Tepukan Gemuruh

Tindakan Ronaldo Iring Kanak-Kanak Pelarian Syria Yang Ditendang Dapat Tepukan Gemuruh


Cristiano Ronaldo sememangnya seorang yang amat prihatin dan sering membantu sekiranya terdapat perkara yang dirasakannya perlu diketengahkan.

Sebelum Ronaldo sering membantu rakyat Palestin yang baginya telah ditindas sehingga tidak mahu bersalam dengan pemain dari Israel.

Bintang Real Madrid itu sekali lagi membuktikan dirinya seorang yang budiman apabila memilih kanak-kanak pelarian Syria, Zaid Mohsen untuk mengiringinya memasuki padang dalam perlawanan menentang Granada.

Zaid Mohsen merupakan kanak-kanak malang yang menjadi tumpuan dunia apabila bapanya yang sedang lari ditendang wartawan sehingga terjatuh. Ketika itu Zaid didukung bapanya.

Tepukan gemuruh penonton bergema sebaik sahaja Ronaldo melangkah masuk ke padang mengiring Zaid. Wajah Zaid juga ternyata gembira apabila bersama Ronaldo masuk ke stadium.

Sokongan terhadap pelarian Syria bukan sahaja ditunjukkan oleh Ronaldo tetapi juga pasukan Real Madrid sendiri apabila kesemua pemain memasuki padang dengan memakai t-shirt yang menyatakan sokongan terhadap pelarian Syria yang terpaksa melarikan diri ke Eropah akibat pergolakan di negara mereka.

Untuk pengetahuan, bapa Zaid, Osama, baharu sahaja menerima tawaran untuk menjadi jurulatih sebuah akademi bola sepak di Sepanyol.

Osama sebelum ini merupakan jurulatih sebuah pasukan bola sepak di Syria.

Tahniah kepada Ronaldo menjadi seornag yang gentleman.



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel