Tiada bukti baru, siasatan Bank Negara ke atas 1MDB ditutup - Peguam Negara

Tiada bukti baru, siasatan Bank Negara ke atas 1MDB ditutup - Peguam Negara




Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk menutup siasatan Bank Negara Malaysia ke atas 1MDB.

Peguam Negara iaitu Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata ini adalah kerana tiada bukti baru dikemukakan BNM untuk meneruskan siasatan.

Ini komen Peguam Negara:

"Bank Negara sebagai badan pengawal aliran wang harus mendapatkan maklumat terperinci sebelum mengeluarkan kelulusan.

"Kesemua tiga kebenaran yang diberikan BNM untuk pemindahan wang yang dimohon 1MDB diberikan dalam tempoh tidak lebih tiga hari," 

"Bank Negara sepatutnya meneliti permohonan terbabit dan jelas sekali tiada maklumat lanjut diminta BNM bagi tujuan permohonan terbabit,"

"Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?"

Sebelum ini, Bank Negara telah menarik kembali tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB bagi pelaburannya di luar negara bernilai AS$1.83 bilion.

Sumber; AstroAwani

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel