Besan Guna Nama PM Najib Razak Ugut Ahli Perniagaan

Besan Guna Nama PM Najib Razak Ugut Ahli Perniagaan


Besan kepada Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva dari Kazakhstan didakwan mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan menggunakan nama PM Najib.

Melalui laporan New York Post, Maira dituduh mengambil 12 beg tangan jenama Hermes yang bernilai AS$400,000 atau kira-kira RM1.7 juta tanpa membayar.

Wanita Kazakhstan itu dilaporkan memesan beg-beg berkenaan daripada daerah perniagaan Samilor pada 2014 dan 2015.

Apabila Presiden Samilor Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan ahli korporat dan keluarganya.

Ini kata dari Maira:

�Kamu kenal anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga awak jika awak saman saya,�

Maira, adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang adalah adik kepada presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Anak mereka, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Bolat juga telah menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri kondo bernilai $20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel