Downy Malaysia Nafi Ada Kandungan Babi, Formula Tak Sama Dengan Downy Amerika

Downy Malaysia Nafi Ada Kandungan Babi, Formula Tak Sama Dengan Downy Amerika 


Pengeluar produk pelembut pakaian, Downy Malaysia hari ini membuat kenyataan rasmi tentang kes dakwaan terdapat kandungan unsur babi di dalam produknya.

Downy Malaysia telah menafikan produknya mengandungi sebarang unsur babi seperti yang tersebar dan menjadi viral di media sosial, kebelakangan ini.

Downy Malaysia melalui satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, formula produk yang dijual di negara ini tidak sama dengan produk di Amerika Syarikat (AS).

KENYATAAN RASMI DOWNY

Ini kenyataannya:

Produk Downy di Malaysia TIDAK berasaskan bahan babi. Formula produk kami yang dijual di Malaysia TIDAK sama dengan formula yang digunakan di Amerika Syarikat dan juga dihasilkan di kilang yang berbeza. 

Maklumat yang dikongsi di laman FB yang lain adalah khusus kepada produk yang dijual di Amerika Syarikat. Kami mereka produk kami dengan mengambil kira keperluan pelanggan kami di setiap pasaran produk kami dijual. 

Kami mempunyai beberapa variasi produk untuk memenuhi keperluan yang berbeza di setiap pasaran. Tidak kira dimana produk kami dihasilkan, kami menjamin kualiti yang tinggi bagi semua produk Downy. 

Terima kasih.


Kecoh di laman sosial apabila satu paparan skrin didakwa dari akaun Downy yang mengakui bahawa salah satu produk pelembut mereka iaitu �Downy Fabric Softeners� mengandungi lemak lembu dan kemungkinan lemak babi juga digunakan.

Dalam pada itu, Downy Malaysia menegaskan pihaknya sentiasa menjamin kualiti produk walau di mana ia dihasilkan.

KOMEN JAKIM

Sementara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Hab Halalnya hari ini melalui satu kenyataan menjelaskan bahawa produk pelembut pakaian Downy tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.

�Oleh yang demikian, persoalan mengenai status 'halalan toyyiban' produk tersebut tidak dapat dipastikan.

�Sebarang maklumat lanjut mengenainya, pengguna adalah disyorkan untuk mengajukan persoalan tersebut kepada pihak syarikat atau yang bertanggungjawab,� 

Sumber: Sinar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel