Ibu Bapa Berang Sekolah Buat Solat Hajat Tepi Highway

Ibu Bapa Berang Sekolah Buat Solat Hajat Tepi Highway


Gambar beberapa pelajar sekolah sedang membacakan surah Yasin di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menjadi viral baru-baru ini.

Ternyata gambar ini telah mengundang kemarahan ibu bapa yang mendakwa pentadbiran sekolah bertindak tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa pelajar.

Gambar itu menunjukkan pelajar dan guru sedang duduk beralaskan tikar di lorong kecemasan sedang bersiap sedia untuk membaca Yassin. Sebuah bas juga kelihatan diletakkan berhampiran.

Mereka dikatakan sedang membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk keselamatan para pengguna lebuhraya.

Ini antara komen dari para ibu bapa yang amat risau tentang perkara ini.

Seorang bapa, Shah Julian Aman Shah mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa sekolah membenarkan aktiviti seperti itu diadakan di tempat yang bahaya.

"Pihak berkuasa sekolah seharusnya mencari tempat yang lebih sesuai. Dan adakah pihak sekolah meminta kebenaran daripada ibu bapa?" - jelas Shah

Tambahnya lagi, pihak sekolah tidak sepatutnya mengadakan solat hajat di tempat yang boleh berlakunya kemalangan.

Sementara itu,seorang ibu, Marlinda Abd Rahman berkata walaupun tindakan itu mulia tetapi ianya sangat salah.

"Siapa benarkan mereka mengadakan solat di tempat seperti itu?

"Adakah mereka sebenarnya meminta kebenaran daripada ibu bapa atau polis ataupun pihak berkuasa lebuhraya?" kata Marlinda.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin mengingatkan pihak berkuasa sekolah untuk menganjurkan acara seperti itu di tempat selamat seperti di kompleks lebuhraya.

Shafruddin berkata pihaknya akan memanggil guru yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber dari sekolah mengatakan acara yang dianjurkan itu dalam lawatan ke Kemaman selepas tamat peperiksaan PT3.

Jelasnya, solat hajat itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada rancangan program.

Sumber: mStar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel