Ibu Didapati Bersalah: Masak Bayi Sendiri Dalam Ketuhar
Ibu Didapati Bersalah: Masak Bayi Sendiri Dalam Ketuhar
Seorang ibu bernama Ka Yang berhadapan hukuman penjara 26 tahun selepas didapati bersalah memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan memasak mangsa selama 5 minit.
Kejadian ini berlaku di Scaremento, Amerika Syarikat. Dalam perbicaraan jenayah itu, Ka Yang didakwa membunuh Mirabelle Thao-Lo, dua bulan pada 17 Mac 2011.
Mirabelle Thao-Lo ditemui dengan kesan terbakar sebanyak 60 peratus sehingga menyebabkan terdapat radiasi di organ dalamannya.
Mahkamah menolak kenyataan sebelum ini yang mengatakan Ka Yang mengalami sawan ketika kejadian tersebut.
Menurut akhbar tempatan Sacramento Bee, Ka Yang? sedang mendukung bayinya dan dia diserang sawan. Ka Yang mendakwa dia pengsan selepas itu dan mendapati bayinya cedera parah di dalam ketuhar.
Pendakwa raya pula menuduh Ka Yang? berbohong selepas ahli forensik menemui puting bayi di dalam ketuhar berkenaan.
Peguambela Ka Yang,? Linda Parisi cuba meyakinkan mahkamah bahawa wanita itu mempunyai sawan dan tidak sengaja membunuh Thao-Lo.
Ini komen peguam:
"Dia tidak pernah mendera bayinya. Dia tiada rekod jenayah sebelum ini,"
Wakil keluarga Ka Yang? mengatakan dia seorang yang lemah-lembut dan 'tidak tahu apa yang dilakukan.
Sumber: SinarHarian