Kaji Kenakan Cukai Eksais Kepada Vape - Dr Subramaniam (Menteri Kesihatan)

Kaji Kenakan Cukai Eksais Kepada Vape - Dr Subramaniam (Menteri Kesihatan)


Kementerian Kesihatan Malaysia kini dalam proses mengkaji keperluan untuk mengenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik termasuklah vape supaya dapat menghalang ia dari menjadi budaya dalam kalangan rakyat negara ini.

Menurut menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, ini disebabkan oleh perisa yang digunakan mengandungi nikotin yang merupakan bahan terkawal.

Ini komennya:

"Kalau e-cigarette (e-rokok) yang mempunyai nikotin, kami mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memberi layanan kepada e-cigarette sama macam rokok, bermakna kalau rokok dikenakan cukai eksais, e-cigarette pun kena cukai eksais, tapi itu kami sedang kaji dari segi undang-undang.

"Nikotin ialah bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Sesiapa yang menjual nikotin perlu memohon permit daripada biro farmasi, jadi jika tiada permit ia merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan,"

"Dalam masa hanya setahun, pengguna e-cigarette dan vape telah meningkat dengan ketara. Kini terdapat lebih satu juta pengguna. Ini adalah satu perkembangan yang membimbangkan,"

"Mesej kami adalah mudah. Kami mahu menghentikan rakyat Malaysia daripada vaping sama ada terdapat larangan atau tidak. Mungkin kesannya tak nampak hari ini tapi nampak dalam lima atau 10 atau 15 tahun lagi," 

Dr Subramaniam juga turut berkata Kementerian Kesihatan merasa bertanggungjawab dalam menghantar mesej tegas yang vape boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa panjang.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel