Luahan Suami Mangsa Pembunuhan Kejam

Luahan Suami Mangsa Pembunuhan Kejam


Mangsa pembunuhan kejam di Muar Johor iaitu Nurul Shahira Mohd Yatim telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Mangsa yang kini berumur 29 tahun, mempunyai seorang anak dengan suaminya yang mahu dikenali sebagai Faris.

Untuk pengetahuan, Faris merupakan tentera di Kem PULADA Ulu Tiram, Johor Bharu. Mangsa sebenarnya duduk di rumah neneknya apabila suaminya kerja di JB.

Namun hari itu, mangsa singgah sebentar ke rumahnya (tempat kejadian) di Muar itu untuk mengambil barang.

Faris ada cuba menghubungi mangsa selepas jiran mengadu adu sesuatu yang tak kena di rumahnya. Namun tidak panggilan tidak dijawab sebelum memutuskan untuk pulang ke Muar.

Mangsa ditemui pihak polis dengan leher dijerut menggunakan tali langsir dengan pakaian tidak terurus di hadapan pintu bilik tidur rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap.

Ini luah suaminya:

"Saya sedih melihat keadaan isteri saya yang dibelasah dan dibunuh dengan kejam, selain keadaan pakaiannya yang tidak terurus.

"Malah, beberapa bahagian badan arwah ada kesan lebam. Saya percaya arwah isteri cuba mempertahankan diri dan melawan penyerangnya," 

"Apabila melihat tubuh arwah, saya amat terkejut dan sebak. Saya sedih kerana arwah baru sahaja mula bertugas selepas bercuti kira-kira dua minggu akibat demam campak dan keadaannya yang masih lemah," katanya.

"Malah, beberapa barangan seperti gelang emas, telefon bimbit dan dompet juga didapati hilang," 

Kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya ialah Ahad lalu dan sempat bersarapan bersama sebelum pulang ke Kem PULADA kerana bertugas di situ.

Allahyarham adalah anak kedua dari lima beradik dan mempunyai seorang anak berusia 11 bulan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel