Manusia Tanpa Muka
Pagi itu. aku bergegas mandi. seronok rasanya hati.sebab dapat masuk hutan lagi. horrayy! mana tak seronok
sebab equipment barang2 camping dah di beli. habis duit PTPTN aku. khemah. kasut Teva. tali.clip dan berbagai2 lagi aku beli
padahal. ada je fakulti provide. tapi nak pakai barang sendiri. hahaha
jam 6am. aku dah tercengat di Fakulti dengan kawan2 yang lain.
kami sekelas akan ke ENDAU ROMPIN.
hutan tebal. dan penuh misteri.
dari mulut orang. aku hampir2 taknak pergi. bila aku di momok dengan cerita hantu.
tetapi. di sebabkan aku sendiri penah terkena hal2 mistik ( rujuk Misteri Penamppakan TOKONG) aku rasa berani
tiba di sempadan Jhor Pahang kira2 jam 2petang. lewat sedikit. sebab berenti makan. berak la. dan solat.
tiba di pintu pengawal Polis Hutan,kami di beri taklimat. seperti biasa. hampir 1 jam.
kebetulan kami masuk semasa musim kemarau. jadi cuaca agak panas. tapi kami bersiap juga dengan kelengkapan ketika hujan.
kadang2 cuaca bukan boleh di ramal. ini kuasa TUHAN.
kami masuk ke dalam hutan kira2 jam 4pm. di bawah seliaan Perhilitan dan Renjer Hutan sendiri.
selepas di tunjuukan tapak camping. hampir 45min brjalan baru jumpa. memang tebal.
kami setup2. kira2 550pm. baru selesai. siap 20 khemah di pasang
dan aku memang beli 6 men tent,haha besar sedikit. sebab aku tinggi. hehe dan aku ada bawak air mattress. nak puas tidor!
malam itu masing2 penat. aktiviti masak ada.tapi malam itu aku hanya makan nestum dan masuk tidur.
malam itu sunyi. hanya bunyi cengekerik dan bunyi2 haiwan kecil sahaja berbunyi...
pagi itu. jam 6am. kami solat subuh berjemaah. dan lecturer aku. aku namakan En Fizo.( EF )
EF arahkan aku dan Mail ( nama tipu) untuk cari kayu api dan buahan2 yang boleh di makan
memang dah di ajar untuk survival dalam hutan. dan kata EF . kawasan ini da pisang hutan.
wahh. lama sudah tak makan pisang hutan!
berbekalkan lampu torchlite dan headlamp. kami berjalan .perlahan2. sambil aku memegang parang sehasta panjangnya.
perlahan2. dan aku dengan selamba memakai bot Doc Marten dalam hutan. berat. tapi macam secure.padahal aku ada boot untuk camping. tapi rasa seolah2 skinhead pula.hahah
kira2 20min. kami berjalan. kami dan nampak langit membiru. matahari nak keluar. dan kedudukan kami sedikit di atas bukit.
kira2 jam 650am. baru la kami berjumpa apa yang nak di cari.
Mail terus roger EF guna walkie. mengatakan kami dan jumpa pisang hutan dan kami inform EF tentang koordinat kami.
memang kami buat macam tu setiap 20min. untuk keselamatan. kami akan tagging bearing dan koodinat.
sebelum kami mengambil pisang hutan. Mail . seorang yang agak alim dan selelau jadi imam dekat kolej.
membaca doa. mohon di tolak segala bala kalau2 ada yang marah kami ambil barang hutan
dan sebelum aku mecantas pisang itu. aku membaca
Assalamualaikum Ya Nabi Sulaiman.
kata ustaz. jin2 sangat takut dengar nama Nabi Sulaiman.
dapat la hampir setandan pisang hutan. boleh la di salai.
kira jam 720am. langit dah cerah. kami bergerak pulang. sambil aku menjinjit pisang yang di letak dalam guni.
dan mail lead di depan aku.
tiba tiba.terdengar bunyi suara wanita ketawa.ketawa kecil.
terus langkah aku terhenti! dan mael segera berpaling ke arah aku sambil letak jari telunjuk di mulut!
tanda diam!
aku terus diam. terus aku genggam parang aku.dan mael pun bergitu...
dan tiba tiba. kira2 30meter dari kami..
kelihatan 3 orang kelibat wanita berkurung putih dan bertutup kepala seakan2 kain batik berwarna kuning2.
berjalan di celah2 pokok besar.
aku dan mail terus merendahkan badan! aku terus berpeluh. rasa cuak.
dan aku tau! itu bukan nya manusia.
mana mungkin ada manusia begitu di tengah hutan!
berbaju kurung!
serba putih!
sedang kami memerhatikan mereka.
mereka beetiga. berhenti. dan tidak semena mena.
mereka bertiga memandang kami
dan terkejut!!
ada rambut. tapi muka kosong!!
sejurus mereka melihat kami.
kedengaran di sisi telinga kami. bunyi orang memberi salam,
entah datang dari mana.
( muka kosong tu sebijik cam cite bunian afdlin shaauki tu geng!!)
terus mael bangun dan berjalan laju . ikut jalan lain!
dan aku follow belakang!
kami terpaksa re route jalan lain.
sebab jalan itu ada mereka. rasa tak berani pula nak langgar. sebab dorg tercongok je dekat situ.,
sempat aku tengok mereka. mereka hanya berjalan.seperti terapung...dan di sekiling mereak sepertu ada kabus2...
pelik.
balik di base camp. aku bercerita dengan EF.
dia agak otai dalam kes2 macam ni..
sepatah sahaja dari mulut EF
"bunian."
sambung EF " untung la korg dpt jumpa anak dara buniaan pagi2 cmni" katanya sambil ketawa.
aku terdiam. dan mael menggaru2 kepala.
itu baru hari kedua kami di sini........
seperti pengalaman lepas.
"sekali dah nampak. mesti dia nak bagi nampak lagi!"