Pukul Pelakon Ika Nabila: Ini Kenyataan Dari Pengarah, Azma Aizal Dan Penerbit, Rosyam Nor

Pukul Pelakon Ika Nabila: Ini Kenyataan Dari Pengarah, Azma Aizal Dan Penerbit, Rosyam Nor


Kini kecoh dalam industri hiburan apabila pelakon Ika Nabila dikatakan dipukul oleh pengarah di lokasi penggambaran drama.

Azma Aizal, pengarah yang didakwa memukul Ika Nabella, telah memberi kenyataan dan memberitahu bahawa dia memukul kerana bersebab.

Azma berkata dia sentiasa tenang dan percaya  Tuhan menyebelahinya di dalam situasi itu.

Ini komennya:

�Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku�

�Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah. Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi�

�Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana �berkicau�,� 

Walaupun begitu, ramai yang ingin ketahui perkara sebenar apatah lagi Ika Nabila kini telah membuat laporan polis dan kes ini sedang disiasat polis.

Ini pula komen dari penerbit drama itu iaitu Rosyam Nor:

"Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam siasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai,"

"Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,"

Sumber: mStar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel