Vape Dicadang Diharamkan Di Kampus Universiti - Menteri Pendidikan Tinggi

Vape Dicadang Diharamkan Di Kampus Universiti - Menteri Pendidikan Tinggi


Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan vape di dalam kampus universiti.

Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan Tinggi) berkata beliau sudah mendapat taklimat daripada pakar dari UKM semalam tentang vape.

Dikatakan amalan vape atau rokok elektronik ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tetapi juga dari segi sosial.

Kementerian melalui UKM akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan vape itu yang kini menjadi budaya dalam kalangan pelajar universiti.

Ini komennya:

"Kajian ini akan mengambil masa kira-kira enam bulan dan hasilnya nanti akan saya bentangkan kepada Kabinet," 

Idris berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Naib Canselor universiti mengenai perkara itu.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel